Skip to main content

Kos Rawatan Jaundis Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Kalini aku nak berkongsi pasal kos rawatan jaundis di hospital swasta. Aku survey dekat 2tempat. 1 di Hospital Pantai Sungai Petani. 1 di Wisma Perbidanan Sungai Petani.

Yang murah semestinya di Wisma Perbidanan, tapi depa tak terima orang luar yang tak bersalin di wisma depa sebab mesin fototerapi depa terhad melainkan ada kekosongan.

So pilihan ke-2, adalah Hospital Pantai Sungai Petani. Disebabkan covid19 ni, pejam mata tak p ke kerajaan sebab tak sanggup nak menunggu. Aku kan czer. Rehat pun tak cukup. So pejam mata jua bawa Safelia ke swasta untuk turunkan Jaundis dia.

Bab Jaundis ni, aku cukup fobia sebab dulu Adelia bacaan sampai 416. Fobia n trauma. So aku memang nangis ja time Safelia haritu. Risau sangat-sangat.

—————-


So kami terus zas p Hospital Pantai Sungai Petani. Deposit depa minta Rm1500 untuk check in nursery & untuk letak anak bawah mesin fototerapi. Setiap hari doktor akan datang round check baby.

Check kuning (ambil darah di kaki) Rm12 only uolls kalau di lab Hospital Pantai Sungai Petani, paling murah compare dengan lab luar. Kalau ampa walkin pun boleh. P dekat kaunter pendaftaran, cakap nak check kuning.

Total Safelia stay di nursery Hospital Pantai 5hari 4malam. Total Rm2353.85, termasuk ubat, caj doktor, caj nursery, caj ambil darah untuk check kuning & caj nurse.

Ibu boleh stay dengan baby kalau nak, tapi kena bayar untuk bilik asing. So kos akan jadi lebih la ikut pada bilik yang ibu pilih siap include makan. Macam aku, aku balik rehat di rumah.

Waktu melawat, atas parent. Nak stay lama mana di nursery tengok anak pun atas parent juga. Nak pegang n ulik anak lama mana pun atas parent. Tak ada limit waktu.

Eli selalu p 2jam maksimum macam tu. Aku hari ke 3 Safelia di hospital baru aku p. Time covid19 ni, kalau ikutkan salah sorang ja yang boleh naik tengok. Tapi sebab aku czer & bagi sebab nak susu badan, pihak hospital lepas naik dedua.

Eli kena ada surat kebenaran dari pihak hospital. Kalau dedua buat covid test & dedua -ve, lagi boleh masuk hospital. Aku buat test covid, Eli tak buat. So dia akan tunjuk surat kebenaran dari pihak Hospital Pantai Sungai Petani.

Tali pusat Safelia jatuh hari ke 4 di hospital. Nurse yang jaga Safelia baik-baik dan lemah lembut. Depa jaga macam anak sendiri. Lega la tengok. Dan bila parent datang, depa layan macam kenai lama. Cakap pun lemah lembut.

Kita tanya apa pun depa jawab & explain panjang lebar. Tak sombong. 10/10 untuk servis & layanan nurse-nurse di Hospital Pantai Sungai Petani.

—————-

Bayaran dan deposit pada pihak hospital boleh dibuat melalui debit, credit, & cash. Kalau ada baki, depa akan return ikut kaedah pembayaran yang sama masa kita daftar.

If bayar cash, refund pun akan dapat dalam bentuk cash, kalau credit, akan masuk balik dalam credit juga, kalau debit, akan masuk dalam akaun bank kita.

Kalau resit untuk refund hilang, kena buat surat tau. So jaga baik-baik resit tu untuk proses refund nanti. So itu saja yang aku nak kongsi. Harap bermanfaat untuk rujukan ampa.

K bye.









For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim