Hye,Assalamualaikum. Kalini ada rezeki lebih untuk ambil CL, area Sungai Petani ni rate murah juga. Tapi kena pandai cari. Aku survey paling mahal 10k pun adooo, tapi rezeki jumpa yang murah. Deposit pun ikut suka nak bagi berapa.
Kak Zai cover seluruh Kedah dengan caj transport tau, 1 Malaysia pun Kak Zai cover juga cuma kalau tak ada job luar Kedah memang Kak Zai akan cover seluruh Kedah.
Paling dekat macam area Bertam pun Kak Zai cover juga. So siapa yang cari confinement lady area Kedah, Bertam boleh roger Kak Zai. Luaq Kedah nak upah Kak Zai pun boleh tau.
Ada 3pakej, dari Rm250 hingga Rm4k+ maksimum. Berbaloi la juga pakej dia. Dan dah 8tahun dalam bidang CL & urut mengurut ni.
Aku kenalkan, Kak Zai. Seorang wanita berumur awal 50an. Masa 1st time whatsapp pun dah tau Kak Zai ni jenis lembut. Aku pilih pakej semua, dan bayar deposit Rm79.
Aku ambil 30hari. Tota pakej Rm3600. Aku booking untuk tarikh 3/11/2020, sekali aku bersalin awal!!!!! Awal sebulan. Dan malangnya slot Kakzai bulan 10 tu full. ðŸ˜
So aku pun bagitau Kak Zai. Kak Zai ni memang mudah, tak memaksa & sangat memahami. Rasa senang gila deal or cakap dengan Kak Zai.
So terpaksalah cancel pkej aku ambil tu, dan Kak Zai pun refund deposit Rm79 tu balik.
—————-
Ntah macamana, 1hari tu aku rasa lemau n stress sebab susu badan drop teruk. So aku whatsapp Kak Zai balik. Aku nak booking untuk mai urut breast. Urut breast Rm50 sahaja. So deal.
Dan ada juga rezeki jumpa Kak Zai depan-depan. Peramah. Tapi peramah yang tak annoying. Dan paling aku suka, Kak Zai jenis tak gosip pasal prev customer dia. - hat ni paling aku suka.
Sepanjang 2hari Kak Zai mai urut aku, tak ada 1 cerita pun pasal prev customer dia yang Kak Zai cerita ke aku. Baguih kan? Pastu Kak Zai ni concern macam mak-mak.
Tanya aku makan apa dalam pantang, dia dengaq aku abaq menu aku dia gelak ja. Hahahaha.. memang kelaut dalam la menu pantang aku, 2minggu pertama ja strict.
Lepas tu Kak Zai ni orang dia teratur, tak kalut, pakaian kemas. Badan tak berbau. Dan sangat profesional. Nak ke dapur minta izin, nak masuk bilik minta izin, baguih la kiranya. Jatuh cinta i dengan Kak Zai tau hahaha..
Dari nak ambil urutan untuk urut ja, aku tukar ambil urutan full body & penutup pantang. Full body Rm70 + duit minyak Kak Zai Rm5. So 2hari Kak Zai mai rumah urut full body. Nanti 17hb Kak Zai mai untuk urut penutup pantang pula.
Memang sedap oi Kak Zai urut. Kan dekat atas sikit dari tempat czer tu ada macam naik bengkak biji tu, Kak Zai urut sampai hilang benda tu weh! Terus tak rasa sakit dekat area czer tu. Kalau tak rasa macam lenguh macamana ntah bila bangun dari baring.
So atas sikit dari tempat czer aku tu, dah lembut. Tak dak bengkak angin tu dah. Rasa lega la. Badan pun rasa ringan. Memang sedap betoi Kak Zai urut.
Mula rasa seriau, masuk hari kedua tak rasa seriau dah. Leps urut, tak rasa lenguh dah area atas dari tempat czer tu. Syokkk ya amat! Kak Zai siap tungku aku. Tapi tungku tak tekan. Letak ja.
Sebelum urut, Kak Zai tengok dulu tempat jahitan czer tu. Ku so far alhamdulillah elok dah tempat czer. Tak dak terbuka or nanah ka apa.
Serius la rasa lega betoi kawasan perut aku. Tak sabaq tunggu urutan penutup pantang pula. 🤗
Memang sedap tangan Kak Zai. Lepas ni memang tak cari orang lain dah la aku kalau nak mengurut. Tangan Kak Zai sedap pastu Kak Zai urut tak kalut-kalut. Smooth ja dia urut sedaq2 dah sejam 30minit. 😆
Ampa boleh contact Kak Zai ok. 1 kedah dia cover termasuklah Bertam. Nak surut dia mai urut, bertangas or lulur pun boleh. Roger ja dia ok. ♥️
K bye!
For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Comments