Skip to main content

Good Good Lucksaa Akan Beroperasi Semula.

Hye, assalamualaikum. Insyallah kalau tak ada aral, Good Good Lucksaa akan kembali beroperasi. PbySO macam biasa, on. Now PbySO 89% kakak aku handle. 10% Eli bantu sikit-sikit. Aku bantu dalam 1% gitu.


Good Good Lucksaa aku start bulan 7/2019. Excited gila masa nak buka Good Good Lucksaa ni. So aku sewa tempat macam food court tu. Time ni tak ada sangkaan buruk apa pun. Yang aku tau aku syok nak jamu orang makan. 😆


Stall aku, saiz dalam 10x12 kot tak silap. Sewa Rm500 sebulan. Owner warga emas. Owner baik. So berniagalah aku. Sebelum berniaga, aku bagitau owner, yang aku tak akan guna dapur gas.

Sebab aku masak dirumah. Dan akan panaskan guna dapor letrik 13v macam tu. Dan aku akan pakai toaster & dapur letrik juga 1 chiller. Owner pun ok.


So start lah aku berniaga. Seronok weh. Boleh kata hari-hari habis. Licin. Memang balik awal. Dan dekat food court tu, makanan aku yang paling mahal.



Set daging salai Rm12 & set keli salai Rm10. Roti Bakar Rm4. Menu aku haritu. Memang syok betoi berniaga. Tengok customer makan licin.

Tapi itulah, hujan di tengahari. Sebab dengki khianat, aku tutup kedai aku di food court tu selepaa berniaga hampir 3bulan. 30 September 2019, aku STOP.

Walaupun time tu aku dah bayar sewa untuk bulan 10. Kisahnya, owner asal nak bagi ke owner baru. Dan owner baru buat rules baru. Yang mana aku kena bayar sewa Rm850+ macam tu atas alasan aku guna banyak karen.

Sebab depa kata, start aku masuk karen meningkat. Padahal masa aku masuk, ada 3-4stall yang tak ada penyewa. Bila aku join, depa minta aku war-warkan pengambilan penyewa baru.

So lepas sebulan aku berniaga, tempat tu full penyewa baru masuk. Tapi depa letak atas kepala aku ja pasai bil letrik naik. Babi gila. Hahahaha..

Aku guna ;
Periuk letrik yang auto off bila kuah dah panas 3x.
Chiller 1x
Toaster 2slide 1x
Periuk nasi 3.6l 1x (1x sehari ja masak nasi)
Induction cooker 1x (Guna bila perlu saja, tak guna hari-hari)

Itu jala. Perniaga lain, guna chiller, waffle letrik, freezer, PC (3-4x sehari guna), blender... tapi aku gak yang kena naik sewa. Depa nak caj Rm30 tiap barang letrik yang aku guna. Cibai kan. 😂🤣

Owner baru siap berkopiah. Bini siap berstokin 7/24 🤣.. Memang aku tak boleh lupa. After meeting n tau rules baru tu. Aku berniaga lagi. Esok tu terus mai kemas kedai cau.

Rules kemain. Tapi bila aku tanya apa plan dalam marketing, nan ado. Habis hg dah up sewa.. tapi marketing hg tak mau buat. Dah la page depa aku handle n aktif buat post n copy writing. 😆

Dan yang syok, depa kata harga makanan aku mahal sangat. Orang lain murah ja.. so depa expect aku kena jual murah. Hahahahahahahahaha.. kenapa makanan aku mahal boleh habis? Licin? Kemas kedai awal?

Bila nampak aku kemas kedai awal, tanya “hai habis dah?” 😂 aku sekali masak dalam 30pax -50pax untuk Laksa Johor, 30pax untuk moi berlauk, 25pax untuk daging salai & 8-16pax untuk keli salai.

Kalau hari public holiday, sebelum maghrib dah licin. 😂
Tapi takat tu ja rezeki aku di situ. So aku cau. Mula cau memang cara baik.

Jadi tak baik bila depa buat senyap duit sewa yang aku dah bayar untuk bulan 10 tu hahahaha.. aku dah lupa pasai duit tu. Tapi Kak Maria la peringat. Baru aku ingat.

So aku p minta aku punya duit. Owner baru tak mau bagi sebab dia nak bagi sepatah dua kata kes aku up cerita pasal aku cau dari situ. 🤣 memang tak dapat la nak sepatah dua kata dengan aku, sebab aku p tu untuk ambil duit aku balik. Bukan nak p dengaq ceramah or nak bagi hg can sembang kemaih depan aku. Gittuh.

Disebabkan aku dah syak dia akan buat kemaih. Aku buat LIVE di Facebook kahkahkahkah.. Bila depa tau aku LIVE, laki bini tu gelabah bewak la. Lol. Depa try nak rampas hf IpX aku. Laki bini tu + adik kepada bini laki tu. Tapi tak dapat pun. Cuma celah paha aku sakit sikit & kaki lebam & tangan aku berdarah sikit.

3lawan 1, aku just nak p minta duit aku ja kot. Pelik pasepa depa gelabah bewak nak rampas hf aku disebabkan aku buat LIVE. 😆

Lepas dah depa tak dapat rampas hf aku, depa xmau bagi duit aku. Depa suruh aku masuk dalam 1bilik, so aku masuk sebab depa kata nak bagi. Depa kunci pintu n dok suruh delete LIVE aku tu. Duit tak bagi-bagi lagi. Aku cakap bagi duit aku dulu, aku delete. Tak bagi, tak delete. Lol.

Depa drag aku lama, rupanya depa tunggu owner lama & owner lama bawa anggota polis dari Kepala Batas. 😆 Tapi tak sempat jumpa aku pun, sebab depa bagi duit aku, aku terus  bangun, sebab kebetulan, ada perniaga lain mai buka pintu tu, so aku bangun n cau sambil senyum dapat balik Rm500 aku yang depa try buat senyap tu.

Gittuhlah kejadiannya. Dengki n khianat is real ya. 😂

————————-






Begitulah cerita dia. Lepas tu, aku menyewa di kedai Kak Maria & Abg Jan sampai hujung Nov 2019. Lepas balik dari Medan, aku berniaga dalam 2hari lepas tu aku stop for good.

So insyallah soon, aku dan Eli akan sambung balik Good Good Lucksaa. Aku memang minat masak & jamu orang makan.

Semoga Allah mudahkan kami. Amin.


For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim