Skip to main content

Cerita & Pengalaman Bersalin Secara Czer (Part 1)


Hye, assalamualaikum.

Siapa sangka, kelahiran kali kedua aku ni secara czer. Aku dari mula mengandung harap nak normal. Safelia sepanjang dalam perut, alhamdulillah semua elok. Perkembangan cantik.

Sejak PKP, aku drive sendiri p checkup. Kesian apak dia tak boleh langsung teman. Selamat la Dr. yati sporting bagi rekod video tiap kali checkup. Eli dapat la tengok perkembangan baby & dengar apa Dr. Yati explain & cerita.

Lepas tu, masuk perut usia 28-29w, Hospital Pantai Sungai Petani di tutup sebab ada kes covid19 #fuckcovid19 , so aku terpaksa checkup di tempat lain.

Aku checkup di tempat lain sampailah perut masuk 35w. Elok masuk 35w 2hari, aku jadi bleeding ketul-ketul. Aku perasan lepas balik dari checkup 35w cun-cun. Aku pelik la. Ingat bleeding ketul tu keluar sebab make love.

Perut mengeras, tapi sebab dah lama sangat tak mengandung aku lupa macamana rasa contraction tu. Safelia bergerak macam biasa. Cuma bezanya dengan kakak dia. Safelia ni dia bergerak tak ligat. Sopan-sopan ja di gerak.

Masa dok checkup sebelum 35w tu, kepala dia kot tepi. Lepas tu masuk 33-35w kepala dia naik atas kaki n bontot ke bawah.

1.10.2020 - Hari 1

Bila dah turun darah ketul tu tiap kali aku kencing, aku rasa tak sedap hati la. Nak p ke wisma yang aku checkup tu, Dr yang aku suka dan selesa tu cuti. So aku terus ke Hospital Pantai Sungai Petani untuk jumpa dengan Dr Yati.

Dr Yati pun tanya kenapa datang. Sebab dia tau yang aku nak bersalin di wisma tu, so aku cerita dari mula. Dia minta aku baring. Time ni memang aku mai melenggang cuma dalam kereta dah ada bag baby bag ibu semua dah.

So Dr Yati scan. Safelia memang masih kepala diatas, biasanya 36w keatas akan pusing bawah. Tapi aku baru 35w 2hari. Pastu Dr Yati nak celuk bawah.

Nak check bleeding tu mai dari mana. Adakah aku dah turun tanda nak bersalin? Pastu Dr Yati tanya ada rasa contraction dak? Aku cakap la aku xtau rasa macamana hahaha..

So Dr Yati seluk n masuk mulut itik tu. Dr Yati kata dah lembut bukaan bawah n dah buka 2cm. So dia suggest untuk buat CTG untuk tengok ada contraction ke idok.

So aku naik atas. Buat CTG. 


Settle CTG, confirm aku dah ada contraction yang aktif. 5minit sekali. So Dr Yati bagi aku ubat untuk slow downkan contraction. 1jam sekali rasanya aku kena makan ubat tu.

Terus Eli register untuk check in bilik, dan Dr Yati kata esok akan terus czer. Tak boleh beranak normal sebab Safelia songsang.

Dan Dr cucuk 2dos Dexa. Kesakitan cucuk Dexa ni 9/10. Memang sakit, cuma aku untung nurse yang cucuk tu baikkkkk dan lembut gila. Dia cucuk slow ja. So aku tak rasa seksa sangat masa tunggu Dexa tu habis.

Lepas cucuk Dexa, Eli mai hantar makanan lepas settle register semua. Dan aku tunggu dalam bilik CTG tu untuk buat swap test Covid19 #fuckcovid19. Eli balik settle apa yang patut di rumah.




Lepas buat test covid, tunggu dalam 2030minit result. Bila -ve, terus nurse tolak masuk bilik. Dan baringlah aku dalam bilik tu. Rasa blur gila. Selamat selera makan maintain.

Dr Yati mai, dia cakap kita doa semoga baby boleh chill tunggu jam 10 esok pagi. Kalau dia nak keluar malam ni, kena emergency czer.

Aku cakap dekat Dr Yati, kalau kena emergency memang aku tak nak, duit tabung tak cukup hahahaha.. Dr Yati kata xpa, insyallah tahan sampai esok.

So aku dengan Eli dok doa la moga Safelia steady sampai esok pagi. Malam tu, nurse mai buat CTG lagi. Lega tak dak contraction langsung. Maybe sebab ubat yang Dr Yati bagi tu buat contraction tak ada.


Eli time ni nampak betul risau aku. Dia makan pun tak lalu. Hahaha.. macam dia yang nak kena belah perut. 🤣


Pakaikan stokin. Time ni rindu Adelia. N tengah dok doa moga Safelia boleh tunggu sampai esok. Sebab terkejut tergempak macamni. Duit tabung pun cukup-cukup Rm6500 ja hahahaha..

Dan alhamdulillah, doa kami makbul. Safelia steady tunggu sampai esok. Alhamdulillah.

———————-

2.10.2020 - Hari kedua & hari lahir Safelia Adli.

Tepat jam 9pagi, nurse mai suruh tukar baju semua. Sebelum tu depa buat CTG lagi sekali. Dan depa siap shave aku k. Malu. Tapi belasah jala. Untung bersalin di swasta ni, sebab Dr & nurse perempuan. Cuma dalam bilik OT still ada Dr lelaki & nurse lelaki.

So dalam jam 10.45pagi macam tu, aku di tolak masuk OT. Dr bius datang jumpa dan interview aku serba sedikit. Lembut n baik ja Dr bius ni. Maybe dia perasan muka aku muka cuak. So dia macam pujuk-pujuk n buat aku rasa relax.

Time dok menunggu tu, aku dok tanya dia, sakit dak bius? Saya 1st time ni.... dia cakap tak sakitlah. Pstu aku tanya lama ke proses czer ni.. dia kata xlama. 45minit ke 1jam macam tu ja.

Aku tanya juga, jarum besaq ka kecik? Hahaha.. Dr bius tu kata kecik ja jarum tapi panjang. 😆

Lepas tu nurse datang cucuk antibiotik. Hat ni sakit 10/10 dari Dexa hahahaha.. so lepas cucuk, aku terus masuk dalam bilik OT.

——————

Time ni ada staff lelaki 2orang. Campur Dr bius tu, lelaki 3orang. Lain-lain nurse perempuan. Depa minta aku ubah ke katil czer tu untuk start cucuk bius. Scary ya rabbi oi! Hahaha..

Depa bagi bantal untuk aku peluk. Sorang nurse laki mai dok depan aku. Aku memang genggam la tangan dia. Serius cuak gila. Takuttttttttttt sakit gila sebab baca orang kata sakit ya rabbi!

2x depa cucuk. Kali pertama, tak sakit. Serius tak sakit! Tak macam orang dok cerita pun. Depa spray dulu ubat kebas rupanya. Memang banyakkkkk gila nurse tu spray. So sebab tu kot tak sakit.

Kali kedua tu, Dr bius tu cakap yang ni sakit sikit sebab dia dalam. Ya memang sakit bila jarum tu masuk dalam kulit aku. Rasa pedih. Lepas tu slowly aku rasa kebas kaw.

Pastu depa readykan aku. Kaki n pinggang time ni memang tak rasa weh. Tapi aku rasa rimas n kebas so aku try nk bergerak, tapi tak boleh. Aku start nak jadi gelabah sbb rasa lenguh tapi tak boleh nak ubah posisi.

So Dr bius tu cucuk ubat bagi aku macam lali-lali. Mengantuk tak mengantuk.. nurse offer suruh sedut gas. Tapi aku tak nak.

Dok sat, Dr Yati masuk macam Superhero hahaha.. aku tengok jam 11.10pagi. Nurse yang duduk dekat kepala aku tu ya tuhan baik gila. Dr bius pun sat-sat mai dekat aku.

Nurse tu tolong garu hidung aku la.. garu dahi la.. hahaha sebab jadi gatai gila. Aku pun dok tanya macam-macam dekat nurse tu.. dah start ka.. dr tengah buat apa..

Nurse tu pun jawab soalan aku dengan penuh kesabaran. Bila Dr Yati start potong perut, nurse tu abaq. Memang smooth gila la proses czer aku tu. Alhamdulillah.

Dok sat, tepat 11.28pagi, Safelia keluar! Terus nurse letak dekat tempat baby tu n cuci -cuci dan tunjuk dekat aku. Yes! Baby girl!

Pastu Dr yati kata, patut dia tak ligat. Tak turun bawah. Tali pusat dah belit leher dia 1x. Ya allah. Gerun dengaq! Alhamdulillah semua selamat.

So Dr Yati continue jahit. Yang aku ni muka rasa makin gatal. Nurse tu pun dok tolong la garu. Dan last jam 12 macam tu kot, siap jahit.

Nurse tu tengok, n terus cakap “cantiknya jahitan Dr!”

————-

Dan aku pun zap zupzap depa cuci badan. Sedut darah nifas. Terus tolak aku ke ruangan menunggu untuk nurse luar datang ambil.

Check tekanan darah semua ok. Dan zas! Masuk wad. Alhamdulillah.

Bersambung..










For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim