Hye, assalamualaikum. Ok, sambung cerita dikala jam menunjukkan pukul 4.57am ....
2.10.2020 - Selepas 6jam.
Once keluar dari bilik OT, nurse cakap kalau muntah bagitau. Time tu aku lapaq gila wei.. dengan dahaga. So nurse kata kena tunggu 6jam lagi baru boleh makan.
Kalau nak minum, boleh minum. Tapi sikit-sikit ja. Aku pun minum dan nurse bagi ubat tahan gatal. Sebab memang gatal gila babi. Gatal tahap tak tau nak abaq.
So aku chill, Safelia nurse letak di nursery. + topup oksigen sebab oksigen drop. Malam baru aku jumpa Safelia, tu pun dalam 1jam ja. Eli ja jumpa awal dari aku sebab azan.
Time ni, aku tak rasa sakit ka apa, cuma nurse teguq suruh minum banyak air sebab air kencing aku terlalu sikit n keruh warna dia.
So aku pun langgah la air banyak-banyak. Lepas 6jam aku makan macam biasa. Makan ubat gatal semua. Dan nurse mai cucuk antibiotik & bagi ubat tahan sakit.
Dan aku langsung tak boleh tidoq sebab gatai tu tak hilang walaupun makan ubat. Dia punya meqenyam tu jeneh tak boleh bawa bincang.
Selamat baby memang 100% nurse jaga di nursery. So aku boleh la relax. Alhamdulillah.
———————-
3.10.2020 - Hari kedua selepas czer.
Nurse mai time subuh subhi.. dia mai ajak aku bangun p toilet. Ya allah scary gila. Nyilu gila rasa sebab tiub kencing dok pasang lagi.
Nurse ajaq cara nak bangun, time ni aku rasa macam nak menjerit. Sakit weh. Perut tempat czer tu rasa berat sangat. N sakitttttttttt!
Nurse paksa juga aku berjalan. Gosok gigi. Nurse tolong tukar pad semua. Azab gila. Sakit weh. Better bersalin normal. Azab hg time beranak ja.
Lepas settle di toilet, nurse ajar baring pulak. Adoi rasa macam nak maki. Tapi tak tau nak maki sapa.. awat tuhan tak bagi orang lelaki ja beranak?! Hahahaha..
Petang tu, nurse mai untuk buang tiub kencing semua. Nyilu masak dia tarik buang tiub tu. Selamat masa pasang nurse pasang time dah bius.
Dan aku pun start berjalan p nursery tengok Safelia. Memang seksa. Tapi gagah juga. Jauh juga bilik dengan nursery baby tu. Tapi berjaya jua sampai. Time nak balik bilik, Eli tolak dengan wheelchair sebab aku jadi macam pening nak jatuh.
Dan aku kena start kencing n berak. Czer ni seksa time bangun n time nak berjalan ja. Time kencing n berak no hal. Tak sakit tak nyilu. Time nak bangun nak baring tu ja jadi hal besaq 😅😌
So malam tu kami pun discaj dengan baby. Dan malam tu memang kelam kabut la. Aku dah lupa macamna nak susu baby dengan botol.
Bagi susu badan pun aku jadi kekok nak mampoih time hold dia. Lupa habis semua. Dan kesannya kuning dari 155, naik jadi 200+ sebab doktor kata poor feeding.
Masa balik ni aku keja telan ubat tahan sakit ja. Dr Yati bagi 2jenis ubat tahan sakit, yang bila makan memang tempat czer tu tak rasa sakit langsung!! Kagum aku hahaha..
Yang merah tu kena makan 2biji (mengantuk), kalau time makan dia masih rasa sakit makan yang Celebrex tu sebiji. Aku selalu selang 2jam makan Celebrex tu lepas makan yang merah.
Celebrex tu makan 1biji 1x ja dalam sehari. Yang merah 2bji 3x sehari. Memang tak rasa apa langsung tempat czer tu. Punya power.
So czer ni hari 1-3 ja seksa, masuk hari 4, dah boleh lompat dah hahahahaha.. maybe sebab dok makan ubat tahan sakit kan, so aku hari ke4 tu mula rasa syoknya czer.
Sebab berak tak fobia. Kencing tak fobia. Hari ke5 aku dah naik turun tangga Maybank settle urusan kereta kakak aku dah. Sebab dah rasa macam biasa, cuma pergerakan tu slow macam sloth la. Tak laju sebab rasa seriau tu dok ada lagi.
Dr Yati pun tak buka lagi bandage yang dekat tempat jahit tu. Dia suruh tunggu seminggu baru mai buka. So tak la scary sangat nak mandi. Aku mandi selang sehari. Hari ke 7 baru mandi 2x sehari & mandi hari-hari.
So bagi aku, czer tak seksa mana lepas hari ke3. Masa hari pertama sampai ke3, memang seksa ya rabbi. Dan dalam 2minggu pertama, memang seksa time tidur. Kena baring tegak ja. Lepas 2w baru selesa nak mengiring.
Lani aku mengiring siap peluk bantai tidoq macam biasa dah hahahaha.. now i know pasepa org kaya suka czer. Tambah depa kaya, bersalin swasta.. memang pengalaman depa indah la. Ubat pun dapat yang premium. Untung.
—————
Jahitan aku memang kemas gila tak tau nak abaq. Eli tengok dia kata xnampak macam beranak belah perut pun. Punya power dan kemasnya jahitan Dr Yati.
So far dah sebulan, tak ada terbuka tempat czer tu. Alhamdulillah, aku paling takut kalau terbuka. Eli pun tak bagi aku buat keja berat or angkat berat sebab mak katty dah pesan dekat dia yang paling berat aku boleh angkat adalah Safelia ja.
Cuma rasa ngilu tu kadang ada. Tempat cucuk dekat belakang tu memang berasa la. Harap dia akan hilang sama macam masa yang berlalu.
Apa pun aku dah serik nak beranak. Hahahaha.. kalau lekat lagi, aku nak paksa Eli operate bagi air mani dia tak dak sperm. Asyik aku ja yang kena hadap. Lemak ler hahaha..🤣
K bye.
For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at nursafiyyahosman@gmail.com
Comments