Skip to main content

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum.

Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu.

Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer.

Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia.

Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k. 

—————-

Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab time tula debit/credit depa sistem down.







Kalau normal murah ya amat! Normal rate dia start Rm1999.00 ja tau. Kalau single room dalam Rm3-4k ja pakejnya.



Itu include dengan baby sekali dah tau. Incase ada penambahan macam baby kena masuk NICU ker, itu kena tambah. Macam Safelia kena tambah lagi Rm205 sebab doktor kena datang check dia kali kedua lepas oksigen dia drop.

So total aku bayar ; Rm6500+Rm205 untuk bersalin & babycare sekali.

Husband boleh teman tau, dan masuk sekali LR or OT tau. Kalau nak masuk OT, husband kena buat covid test dulu. Kita yang nak bersalin pun kena buat juga before masuk bilik.

Kos covid test Rm120 kalau tak silap. Kena bayar cash di kaunter jua sebelum buat. Kaau husband tak nak masuk OT or LR, tak perlu buat covid test. Tapi still boleh teman isteri kalau isteri pilih pakej samada bilik Double, VIP & single room. Bilik 4orang ja suami tak boleh teman.

——————-

Aku bersalin dan checkup dengan 2orang doktor. 1 di Wisma Ayu, 1 di Hospital Pantai Sungai Petani. Di Pantai Sungai Petani aku pilih Dr Norhayati. Orangnya baikkkkk sangat. Friendly. Boleh bersembang apa saja. Kalau kita ada apa-apa pertanyaan, kita tanya ja. Dia jawab dengan baik.

Kira 10/10 la layanan dan servis Dr Yati. Nurse Sue under Dr Yati pun baik. Mesra. 10/10 gak. Dah jadi macam kawan dah. Tiap kali aku p checkup, rasa seronok ja. Tak stress.


Aku operate buang cyst tahun 2018 pun dengan Dr Yati juga. So rezeki bersalin pun dengan Dr Yati. Walaupun plan kedua aku, aku nak bersalin di Wisma Ayu sebab kes covid jadi dekat Hospital Pantai.

Tapi tuhan dah tentukan yang di tangan Dr Yati juga aku bersalin. Jahitan czer aku cantikkkkkkk gila. Tak nampak macam pernah czer pun. Dr Yati jahit cun ya amat! So far alhamdulillah, tak terbuka, tak bernanah. Alhamdulillah.

Rate Dr Yati pula untuk sekali checkup tak mahal. Dan tak ada caj merepek pun tiap kali checkup. Memang aku recommended la Dr Yati pda sesiapa pun.

—————-

Layanan nurse sebelum bersalin, after bersalin memang tiptop. So seronok ya amat hahaha.. sebab baby memang 100% depa jaga. So 3hari tu kita boleh relax, bertenang & berehat.

Ok, semoga bermanfaat. Bye!











For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi