Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA..

Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh.

Sumpah best gila gila!
IMDB 8.8

-------------------------------

Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha..

Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2!

Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi!

Dan movie ni juga dia tunjuk pasal ayah-anak punya relationship. Part ayah dengan anak ni memang sedih gila. Memang meleleh ayaq mata.


Polis yang mula hebat gila. Tapi lama-lama hebat bagi arahan ja hahaha..
Dia antara watak penting la dalam cerita ni.


-----------------------


 Ni hero, Dili nama dia. Tak payah jadi hensem pun. Lakonan dia memang tiptop.
Riak muka dia...nangis dia memang nampak real gila.
Macam geng-geng Namron, Beto.. berlakon jeneh tak nampak fake.



Dan lagi makan sebelum berjuang.
Dia makan sebaldi Nasi Briyani oi!
Nampak sedap gila ayam masala depa masak dalam movie ni..hahahahaha

---------------------------

Ok cerita dia start dengan seorang polis baik yang berjaya tumpaskan seorang drug lord yang dah dijaga oleh orang atasan selama bertahun-tahun. Sampai tahap polis tak berani nak sentuh drug lord nan sekoq ni.

Tapi polis baik ni berjaya tumpaskan depa dengan merampas 900kg dadah dengan bantuan orang dalam/orang kepercayaan drug lord ni...so gelabah la drug lord nan sekoq tu.

Jalan cerita movie ni simple dan tak meleret. So hg memang rasa teruja gila. Ok sambung..
So bila dah polis ni sorok dadah tu, drug lord ni marah gila. So dia nak p terjah/bunuh polis baik tu dekat balai polis yang polis tu jaga.

----------------------------------------

Lepas tu kita akan kenal siapa Dili, Dili ni ada anak perempuan yang dia langsung tak pernah tengok dan dia tunggu hingga 10tahun untuk tengok anak dia ni. Dia stay penjara selama 10tahun dan anak dia stay di rumah anak yatim.

So hari yang dia boleh keluar penjara tu, dia pakai hensem-hensem n dia sangat excited nak jumpa anak dia. Anak dia pun excited bila tau yang akhirnya ada orang yang akan datang tengok dia dan jumpa dia di rumah anak yatim tu.

Memang sedih oi! Anak dia sampai tidoq pun tak lena sebab dok tunggu siapalah yang nak datang tengok n jumpa dia.

Dan nak jadi cerita, Dili ni kena tangkap dengan polis sebab dia tak ada kad pengenalan. So polis gari dia dalam trak polis.

Memang akan meremang la tengok scene-scene macamana payahnya dia nak dengaq suara anak dia..nak tengok gambar anak dia..ayooooo..memang power la depa punya susun jalan cerita.

Bila dia dapat tengok gambar anak dia, dengan kita-kita nangis sama naik dengan dia!
Punya hebat depa main emosi penonton

Dili tu nangis memang real weh! Nangis dia jeneh keluaq tak boleh berhenti.

Sedih sangat masa part anak dia call dia n tanya dia, apa kaitan dia dengan anak dia..dia siapa.. Tak dan nak jawab orang jahat mai pulakkkk!

--------------------------------

Dan kita juga akan kenal siapa Napoleon. Seorang polis veteran yang berumur 55tahun. Yang terkejut tergempaq nak kena jaga balai polis yang dia pun bru jejak kaki. Kesian la tengok Napoleon  ni jalan laju-laju p tutup pintu tingkap semua.



Dan selamatlah dia di bantu oleh beberapa orang student yang masa tu di tahan sebab kesalahan mabuk dan buat bising. Watak depa ni nampak macam pisican ja. Tapi sangat berkesan la lakonan depa.

So depa-depa ni terkurung tau dalam balai polis yang dikepung oleh drug lord n geng-geng dia n TER-stuck bersama-sama dengan banduan juga. Salah sorang banduan tu pula adalah kepala kepada drug lord tu..

Balai polis ni nampak ceroi gila. Tapi kukuh gila. Napoleon tu nampak ja ceroi kan, tapi baik dan penuh keberanian juga. Rasa macam nak sua tangan masuk laptop peluk Napaleon hahahaha..

Sebab baguih! 

Dan jantung hg akan rasa dupdapdupdap masa Napoleon tu laju-laju lari nak p tutup pagaq besaq luaq balai polis tu.. Ya allah nak guguq jantung aku tau hahahaha..

---------------------------

Dan kita juga akan suka dan geram dengan watak drug lord dalam cerita ni. Walaupun rupa dia macam Shah Rukh Khan.. tapi kejahatan dia macam haraaaammmmm.. intonasi dia bercakap ya tuhan memang scary!!



Nampak macam Shah Rukh Khan kan..serius superb dia berlakon. Nama dia ANBU.
Dia ni kira kepala juga, tapi atas dia ada lagi kepala. Dan kepala atas dia tu yang polis dok cari-cari bertahun.

Tapi tak dapat-dapat. Dan depa tak tau pun muka dia macamana....
Hebat tak hebat la..

So Anbu ni tau ada pengkhianat dalam group dai, tapi dai tak boleh nak agak siapa. Dan pengarah cerita ni pun tak buat kita tertanya-tanya siapakah penghianat tu. Sebab dalam 10-15 minit pertama movie kita dah tau siapa, dan kita akan suka dia!

----------------------------------------


Bila ada watak jahat, scene yang serius..ada juga terselit scene lawak. 
Aku lupa dah nama watak nan satu ni..dia ni kira macam penyeri cerita ni juga la..
Kalau tak ada dia, memang serius betoi la movie ni.


----------------------------------

Oleh itu, ampa wajibbbbbbbbbb tengok cerita ni. Aku xmau cerita detail n bagi spoiler melampau. hahahaha Walaupun aku suka baca review yang ada spoiler..hahaha..

P download ok. Aku Eli yang tolong download. K bye!














 For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments