Skip to main content

Trip Ke Yogjakarta PART3

Assalamualaikum. Hello!

Bercinta nak siapkan entry oi. Busy gila sekarang ni.

So nak sambung cerita.

Kami ambil flight dari Penang ke KL. Dapat harga Rm38/person. Naik Air Asia.

Ayah tolong hantar ke airport Penang.




Ni tengah tunggu ayah. Lepas ayah ambil, p ambil Pikah, Mira & Linda pastu terus p Penang.



Makan dekat airport. Xsedap. Dan salad ada ulat. Selamat xmakan lagi salad tu. Kalau dak naya.



Dalam kami 4orang, aku ja yang biasa p travel. So semua benda atas kepala aku hahahaha..

Dah la noob gila pasal Air Asia. Selamat kami berempat muka xmalu. Memang p tanya merata.. so baru tau, nak selamat ambil sesiap tag bag dekat mesin tu.




Dengan kakak ku. Sehari sebelum nak p, kami cari kasut. So merasa la dia, aku belanja kasut Rm349. Bertukar jadi sugar mummy dia sat.




Tengah cari duit syiling, tengok-tengok Mira snap hahahahaha..

Kami sampai KLIA2 jam 9malam gitu. P cari makan dekat foodcourt dalam KLIA2 tu. Makan. Pastu terus p cari tempat tidoq.

Sebab flight esok pagi jam 6.30pagi. Kena dok depan kaunter drop bag jam 4.00pagi.

Makanya kami tidoq ja memana.. badan rasa letih gila kot.




Mula tidoq dalam bilik baby. Sebab xda orang. Lama juga lena.

Mira tidur atas kabinet tepi sinki tu, pikah tidoq dekat kushen, aku dengan Linda baring atas lantai.

Tidoq punya tidoq nyenyak, ada orang ketuk bilik tu. Tengok2 kakak tu dia bawa anak dia nak tukar diapers. So kaki pun beransur la keluar.

Time tu jam pukui 12.30pagi. Riki-riki surau. Tengok clear. Tidoq la kami dalam surau.


Sejuk ya rabbi! Tidoq sampai jam 3pagi. P cuci muka gosok gigi semua. Terus p nganga depan kaunter drop bag.



Hahahaha.. selamba badak ja Linda baring. Ramai org time ni.




Bag ambil 40kg ja. Aku share dgn pikah, mira share dgn linda.

Tiket p KUL-JOG-KUL Rm480++ kot.. aku sudah lupa. Kami beli sebulan sebelum p Jogja.




Dalam flight, masing2 diam sebab tidoq xsedaq apa hahahaha.. aku pun lena bagai tiada hari esok. Gila wei mengantuk gila babi.

2jam 40minit tempoh perjalanan. Cun2 dah landing kami terjaga. Hebat2. Hahaha

So isi form arrival tu. Settle tunggu supir datang ambil.

Jam 11waktu Indonesia Supir yang bernama Hendra datang.

Hendra sua terus kertas itinerary ni. Aku yang buat list ni. Cuma diorang ubah n adjust balik sesuaikan dgn masa semua.

List ni aku dapat dari pak Mustofa. Supir di Indonesia juga. Tapi aku xambil dgn dia.

Tempat yang aku p ni adalah tempat typical rakyat Malaysia selalu p. Dan kebanyakkan tempat tu adalah tempat AADC2.




So terus la p Prambanan.



Singgah makan sat dekat sebelah prambanan.

Aku bagi tau Hendra, kata nak tempat makan murah dan sedap. Sekali dia bawa p dekat sini.

Tempat agak nampak xbersih. Hahahaha .. terbuntat2 mata mira dgn pkah nak pilih SOP AYAM. Hahahaha

Tapi bila makan hui! Sedap bangettttt!!
Not bad la rasa dia. Tapi ayaq teh dia xboleh blah. Rasa bunga apa ntah kuat gila.



Ni Hendra. 2hari dia jadi supir kami. Dia kata umur 28, tapi hakikatnya dia dah 32tahun. Bini 4 hahahahhaha.. jangan main2..

Hendra ni ok la. Gila-gila. Senang nak melawak, bersembang. Kira masuk pala la. Mcm kenai lama.



Ni last day dia jadi supir. Memang lawak dia ni hahahaha.. adei. Tak boleh nak ingat dia punya pickupline dia dok berlawan dengan mira.. lawak2..




Masa ni paling lawak. Ada video dekat Instagram aku.

Hendra ni jenis bila time makan dia hilang. Bagus juga mcm tu. So bila nk makan ja, kami kepung dia suruh makan sekali.

Mula dia mcm segan. Lpas tu ok. Makanan dekat jogja memang murah gila babi.

Kami makan ni meriah gila, kos baru Rm94ribu. Samadengan 27inggit.

So apa la sangat takat nak jamu perut supir yang best mcm si Hendra ni. Kami siap tapau bakso dia. Sb sedap gila.

Kedai makan yang Hendra bawa ni adalah kedai makan y menyokong LGBT. Tapi apa kisah. Golongan ni pun allah turunkan depa rezeki. So siapa kita nak judge depa. Doakan yang baik-baik saja.







Ini la kedai ittewwwww..nanti p Jogja, singgah makan..sedap memang sedap gila punya..xtau nak habaq!


========================

Tamat.
Next i sambung pasal Prambanan pula ok.

Bye.


Posted using BlogPress from my iPhone

Comments

Anum said…
syoknyaaaaaaaaaaaa

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di