Skip to main content

Cuci Gigi Rupanya...

Hye!
Hello.

Ok aku baru nak cerita pasal cuci gigi. Ada org tanya sakit ka dak?

Ok. Aku ni jeneh penakut pada benda/perkara y sakit. Contoh : sakit beranak. Cukup la sekali aku rasa mcmna sakit beranak tu. Utk nk hadap kali ke2-3-4-5 sorry. SORRY banyak2. Aku memang xmau dah.

Cakap la apa pun,aku memang xmau dah. Serik.

---------------

Sakit beranak dengan sakit cuci gigi ibarat langit dengan bumi hahaha.. Tu pun aku suruh doktor bius sebelum cuci gigi. LOL.

Serius wei aku tahap takut gila kot. Doktor bius juga sebab aku nk cabut gigi sekali. Alang-alang dah p serah diri baik la aku buat terus apa y ptut.

Aku ke Klinik Gigi Doktor Dina, landmark dia dekat bangunan kedai depan INTAN & PUSAT SERENTI Sungai Petani.

Hari-hari buka klinik gigi ni. Aku p walk in ja. N ada 2bilik doktor so xyah tunggu lama pun.

-----------


Sakit ke tak time cuci gigi?



Ni utk 1st cuci. Dia guna mcm pisau y besar sikit mata dia.. Memang keluar habis kot taik gigi. Selamat masa doktor tu guna y ni dia xtunjuk dkt aku. Ahahaha..

N baru aku tau y cuci gigi ni tak sakit mana pun. Serius,xsakit pun. Ada la rasa pedih sikit2 tapi xlama pun rasa. N doktor Dina tu sangat lembut. Dekat mulut xlekang dgn perkataan SORRY kalau dia terpaksa tekan sikit utk kluarkan taik gigi tu.

Bahagian bawah gigi memang xla rasa seriau,bila dia cuci gigi atas tu y seriau uoll..mercik habis kot. Selamat pakai spek hitam tu.

Kesimpulannya : cuci gigi /scaling gigi tak sakit!!! Serius. Xsakit .




Ni y kdua. Dia tunjuk. Tapi ni utk celah2 y sempit. Ni kalau kena gusi xrasa sesakit y besar dekat atas tu. Y ni rasa mcm tet tet tet umpama semut gigit xlepas gittewww..




Bila di dah cuci gigi,dia polish. Time polish lagi la xsakit langsung! Polish memang xsakit.

*gambar semua dari google*

---------------

Effect lepas cuci gigi.

Gigi rasa jarang😂 . Tapi best sebab mulut dah xberbau. Pastu gigi pun xla kuning sangat dah.

So jangan la uoll takut untuk p cuci gigi. Xsakit pun. Beranak lagi sakit oi! Makanya sekarang aku memang dah xtakut dengan doktor gigi.

6bulan lagi nak p repeat. 😁 sebab mmg xsakit pun. Sakit seminit ja.

Jangan takut ok. Steady ja!

-----------------

Kalau siapa nak p bleaching gigi boleh juga p dkt Doktor Dina. Rm450 ja. Aku pun nk p buat nanti.

Ok.
Bye!

Comments

mrs kayrul said…
Lepas buat tu terus rasa macam gigi baru..hihihi
mrs kayrul said…
lepas buat tue terus rasa macam gigi barukan.
Nieyla Nadia said…
Yela...ramai yg takut jumpa doktor gigi...
tapi sebenarnya kalau x cuba..kita tak tahu kan... :)
so,kena cuba dlu...
Syazwani Mazlan said…
baru cadang nak cuci gigi lepas raya ni.. berapa caj kena?

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Cara Mudah Nak Download Movie Dari Internet Sekali Subtitle. (Movie Malay,English,Korea,Hindustan)

Hye, (Entry penuh gambar,step by step) Disebabkan ramai juga yang tanya pasal macamana nak download movie,meh sini nak ajaq HAHAHAHA aku download pastu aku tengok dekat tv.. aku dulu pun bengap gila kot..noob xdak dah..ahahaha Stress dok rumah..dah la xboleh tengok wayang,nganga tgk drama bodoh dkt tv3 ja memanjang.. hoi!mmg xboleh blah.. maka,Eli pun ajaq aku cara nak download. pastu aku ada tanya kawan aku juga.. Kalau movie korea aku selalu download dari kickass.to tulis tajuk movie contoh aku akan type :-  49days complete so nanti keluar..selalu movie korea kalau download dari kickass.to akan ada sekali sub.. xyah susah payah dah cari sub. cara nak download dari kickass.to sama juga step mcm bawah ni.. ~~~~~~~~~~~~~ Part 1 1st kena ada utorrent. kalau tak dak,google dan download la ye. download nanti akan naik macam gini klik la dekat icon utorrent iteewww bila klik,akan jadi macamni..