Skip to main content

Menu Puasa Pizza Hut Baru, Sedap Ke?

Kemarin aku p buka puasa dekat pizza Hut,Giant Sungai Petani.







Kami ambil set berbuka puasa untuk 4-6orang tu. Dapat makanan seperti di bawah.







Sedap. Aku pilih beef. Daging empuk elok. Rasa mcm rendang xrendang.. Macam-macam rasa ada. Not bad la. 7/10 aku bagi.







Salad ni, boleh tahan.. Cuma masin ja dan daun dia ada y mcm dh nk buruk. 2/10.







Pasta ni sedap. Aku ambil beef. Rasa dia light dan sedap. 8/10.







Nasi ni sedap gila gak! Kena plak makan dengan keju & ayam bawah keju tu. Sedap la bagi aku & xmuak. Nasi tu rasa light ja. 7/10

Dapat 4mushroom soup. Mushroom soup dia out gila! Cayaq mcm air ok. Dari 4, 2ja yang ok..lagi dua tu memang cayaq kaw2 punya. Dengan xrasa hapa.. Selalunya kan sedap. 0/10.

--------------

Servis ok walaupun puasa, staff dia semua muka manis. Rezeki aku semalam p booked tempat,aku org pertama. So makanan memang sampai dulu. Lega.

----------

P la try promo ramadhan Pizza Hut. Sedap. Tapi kalau diet innalillah la ya. Hahahaha sbb bila nk key in apa yang aku makan dlm app fitness memang nala punya kalori dok ada hahaha.. Selalu sehari aku makan bawah 700cal.. Kemarin bahana makan pizza jadi 2100cal ... Laju2 p kayuh beskat hahaha..




Ni berat Jumaat. Dari 69kg. Syabas utk diri sendiri.




Nak berat macam ni balik. 49kg jewww.



Berat ni juga 49kg.

Kali ni rasa semangat dia lain macam sikit. Aku hritu buat photoshoot,ya tohan.. Pakai baju hitam pun still nampak aku gemuk! Stress gila kot!







Ni gmbr dengan stokis Triang. Malu i.. Xsemengah gila muka aku.. Dengan badan besaq.. Stress stress..

Haritu stokis Cyberjaya pun datang.. Snap gmbr lgi nampak gemuk hahaha.. Stress stress stress stressssssssssss..


Ni la gambar yang baru photoshoot tu. Masa ni aku xsehat pula.. Selesema teruk.. Tidur xcukup. Walaupun makeup tetap la nampak mata aku tu jadi bakup! Makanya.. Nak kena repeat snap balik dengan hans.

Aku cukup selesa dengan hans. So nanti nk repeat. Gambar y ni simpan habuan buat semangat utk kurus hahaha.. Sbb gmbr lain memang nampak la y aku saiz xxxl.

Mau xmau memang kena diet bagi turun juga atleast 60kg. Sebab aku dh beli kot baju kebaya nak pakai raya ha ha ha ha ha (gelak dkt diri sendiri).

Last pakai kebaya aku umur 19 kot.


Ok tu ja nk cerita.
Saja nak meriahkan blog balik.


Ok.
Bye.

Comments

Huda Luna said…
piya berat kita sama. bila nk kurus tah nii

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Cara Mudah Nak Download Movie Dari Internet Sekali Subtitle. (Movie Malay,English,Korea,Hindustan)

Hye, (Entry penuh gambar,step by step) Disebabkan ramai juga yang tanya pasal macamana nak download movie,meh sini nak ajaq HAHAHAHA aku download pastu aku tengok dekat tv.. aku dulu pun bengap gila kot..noob xdak dah..ahahaha Stress dok rumah..dah la xboleh tengok wayang,nganga tgk drama bodoh dkt tv3 ja memanjang.. hoi!mmg xboleh blah.. maka,Eli pun ajaq aku cara nak download. pastu aku ada tanya kawan aku juga.. Kalau movie korea aku selalu download dari kickass.to tulis tajuk movie contoh aku akan type :-  49days complete so nanti keluar..selalu movie korea kalau download dari kickass.to akan ada sekali sub.. xyah susah payah dah cari sub. cara nak download dari kickass.to sama juga step mcm bawah ni.. ~~~~~~~~~~~~~ Part 1 1st kena ada utorrent. kalau tak dak,google dan download la ye. download nanti akan naik macam gini klik la dekat icon utorrent iteewww bila klik,akan jadi macamni..