Skip to main content

Ayah.







"Hg la anak ayah TERpaling ketegaq,xdgr kata..anak yang nak kena azan tepi telinga kuat2!tapi hg juga anak ayah yang selalu ingat dekat ayah,selalu telefon,selalu kirim duit dkt ayah.."

Gittewwww ayat bodek ayah ke aku hahahaha..kutuk2 hujung2 dia peluk cium aku. Perli2..sindir2..hujung2 peluk cium aku sambil nasihat 1000x benda y sama hehehe..

Aku memang lebih rapat dengan ayah dari kecik, aku suka dok dengan ayah.. Dulu selalu ikut ayah p kerja. Ayah dulu-dulu bawa van kilang..so memang aku suka ikut.

Ayah bawa aku sebab nak bagi hilang mengantuk..aku style cakap non stop. Kakakaka.. Bila cakap non stop..ayah selalu buat xdengaq.. Makanya ayat feberet aku dulu kecik-kecik adalah "awat ayah selalu buat pekak bila saya bcakap??"

Pastu aku selalu tanya dia "kenapa ayah xbuh nama saya sofia jane??"

"Kalau saya nak jadi penyanyi nanti time besaq,ayah marah x??"

Tu soalan y aku selalu ulang2 time aku umur 6-12tahun.

Hahaha.. ayah kalau dah xlarat nak layan aku time bawa aku p tempat keja,Habis kuat ayah akan suruh aku eja tulisan yang ada dekat signboard atau baca no plat kereta dekat depan.

Syok ingat time kecik-kecik duduk dengan ayah.

Tiap pagi ayah hantar p tadika. Tadika selang 2rumah dari rumah tok time tu.

Aku plak jeneh penyegan p tadika,depan tadika ada jalan p kubur,tiap pagi kalau ayah tengok aku macam xmau p sekolah,dia akan ajak aku p kubur dulu tengok burung..tapi aku mesti pakai baju tadika..aku memang selalu tertipu dengan trick tu.

Mula memang betul la dia bawa aku p kubur tengok burung..sakgi jalan nak balik,dia dukung aku bawa p tadika 😂😂 ..melalak la aku.. Kadang ayah tunggu sampai habis waktu..kadang ayah tinggal gitu ja..

Bila besar,ayah ni jadi macam kawan. Walau pun aku ni anak yang ketegaq xberapa nak islamik sangat.. Tapi ayah la satu-satunya kawan baik aku.. Satu-satunya yang faham aku. Satu-satunya yang terima perangai buruk aku. 😭😭.

Aku kalau tengah sedih,suara ayah la yang paling aku cuba jauh..sebab kalau dengaq ja suara dia..dari sedih xdak ayaq mata..boleh jadi ayaq mata bertimba2 woooo..

Sama mcm tengah marah. Aku kalau marah..geram gila2 babi..aku last2 akan menangis.. Kalau time2 tu suara ayah pun aku elak..kalau x..sambil dok lepas marah bercerita ke ayah..sambil teresak2 menangis. Hewhewhew..

Tiba-tiba teringat pasal waktu kecik-kecik dgn ayah.

Sekarang ni dh dok dekat dh dgn rumah ayah n mak. Jarang dah call-call.. Selalu p rumah ja. Kalau time dok sepang/banting selalu kol.

Kdg saja xmau kol..sbb aku ja asyik kol Hahahaha.. So nak bagi adil,aku biaq ayah plak yang kol..nnt ayah kol mesti aku kata "awat kol?rindu ka?ingt xingt saya dah...hahaaha"

Nnt ayah jawab "mana boleh xkol anak kesayangan.." *gelak panjang dedua beranak*

Ayah adalah bff aku sampai mati. Tak ada org boleh ganti dia walau pun dia xperfect mana..tp dia tetap bestfriend aku yang paling baik sekali.

Semoga ayah dengan mak Fuziah dan mak Sarimah dipanjangkan umur,diberi kesihatan y baik. Amin.


Ok
Bye.





Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman

Comments

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di