Skip to main content

Juadah Berbuka Hari Ke-4, Sambal Tumis Ikan Sardin.

Hye

Malas nk update pasal menu hahahah..sebab asyik dok update dekat instagram @safiyyah.osmann ja. #piyahmasak gittewww..

Untuk hari ke-4 dengan hari ke-5, aku masak benda ringkas ja. Lagi pun Eli kalau aku beriya masak dia makan sikit ja.

Cuma tahun ni rasa mcm aku dh berjaya masak utk sorang makan,selalunya aku jenis masak byk2 mcm 4-5org nak makan..padahal 2org ja.

Sambal tumis ikan sardin.

Lawan dengan sayur kacang buncis goreng suhun.
Popia goreng inti sayur.

Eli bawa bekal p tempat keja.

Resepi sambal tumis ikan sardin.

Ikan sardin (cuci bersih dan goreng hingga garing)

7-8biji Cabai kering(blend kosong)

3ulas Bawang putih**
2labu Bawang besar**
1sudu besar Ikan bilis **

** Blend sekali.

Garam
Gula melaka
Gula putih(sedikit)
Asam keping
Minyak masak
Sedikit air
Sos tomato 3sudu
Sos cili 2sudu

~~~~
Cara masak :-

Panas minyak dalam 1senduk.
Tumis bahan blend **.
Tunggu hingga pecah minyak dan bau wangi.

Masukkan cili kering blend,gula melaka dan asam keping.

Masak hinggal pecah minyak betul-betul.
Masukkan sedikit air,sos tomato dan sos cili.

Masak hingga mesra.
Masuk ikan sardin tadi dan perasakan dgn garam dan gula.

Siap!!

~~~~~~
Resepi kacang buncis goreng suhun.

Kacang buncis(potong serong)
Suhun(rendam hingga lembut)
Sedikit udang kering(tumbuk lumat)

Bawang putih 7biji(3ketuk,4hiris nipis2)
Minyak masak
Gula
Garam

~~~~

Cara masak :-
Panas minyak,tumis bawang putih dan udang kering,masak hingga naik bau.

Masukkan kacang buncis.
Gaul mesra.

Masukkan suhun,garam dan gula.
Gaul semua bahan hingga rata dan mesra.

Siap!



Bye.



For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim