Skip to main content

Hidup Perlu Diteruskan.

Hye

Akhirnya,aku dengan Eli betul-betul dah rasa ok dengan apa yang jadi. Fuuuhhhh! Walau pun bukan la 100% okey..tapi dari hari ke hari kami makin rasa cool dan tenang..huhuhu..

Banyak benda yang kami dah plan,terpaksa di abaikan. Serius,banyak benda kot kami plan untuk jangkamasa panjang..tapi dah ini jalan yang ada depan mata..maka..follow saja la macam tak ada apa-apa.

Bukan senang,nak start balik dari zero. Sumpah susah.

Tapi xapa la.. Redah ja.


~~~~~~~~

So sekarang,sejak aku jual kereta dan bisnes Atasrak tu,memang kami tak ada kereta..dah deal semua nk ambil kancil kan..

Tapi delay sampai sekarang,sebab tempat kami nak ambil kereta tu tengah ada problem..ada orang buat palat..ambil duit orang,tapi kereta xada..budak tu bawa lari duit yang sepatutnya kedai kereta tu dapat..

Terpaksa la lupakan sekejap bab kereta. Sebelum tu,nak beli kereta kancil juga cash,tetiba owner kancil tu xjadi pula nak jual..

Mencabar ok. Dengan nak balik kg lagi....


Ingat sempat la settle pasal kereta, tengok Eli pula kena terminate dari MAS.. Banyak benda jadi dalam 1masa.

Macam nak gila juga aku pikiaq.

~~~~~

Sekarang rasa agak celaru la juga..mana nak pikir keja baru...mana nak pikir balik kampung bina hidup baru...

Serius,aku dah hilang bayang apa yang akan jadi ke depan-depan ni..

~~~~~

Barang rumah semua dah terjual. Baik peti ais,mesin basuh dan tv..semua dah ada yang beli. Walau ada yang suruh let go barang-barang tu tahap harga xmasuk akal.l, tau la aku ni tengah terdesak nak kumpul duit..tapi agak-agak la nak minta harga sampai xmasuk akal.

Barang dalam rumah aku,baik peti ais..tv semua..aku jaga elok kot..nak jumpa calar pun payah.

Ada yang barang macam almari baju,meja makan semua aku sedekah ke jiran ja.. Jiran aku ni baik-baik semuanya. Alhamdulillah.

~~~~~

So far,aku dengan Eli dah ada perancangan bila nk balik kg nanti..tapi xtau la jadi ka x..rasa give up juga nak plan apa-apa sebab semuanya berakhir dgn sangat bodoh sekali.

~~~~~~

Dan pls jgn nak mai sembang dengan aku keluar bermacam term agama. Hahaha..penat dh aku dengar.

Ya,aku tau semua rezeki dari dia..ada hikmah semua ni jadi..ya aku tau.. Tak yah nak ulang sampai 10003727384828247282kali..gittewwwww..

Cukup mai sembang wish good luck dan bagi semangat dari dok guna term agama mcm kan aku baru lahir kemarin pulak..dan itu lebih baik dari bla bla bla bla bla panjang2.

Ada juga yang pesan jangan cerita benda2 mcmni..nnt orang tepuk tangan.

aku sebenarnya xkisah pun orang nak tepuk tangan ka..nak guling-guling sambil buat party sebab apa yang jadi dekat aku... Sikit aku xheran.

Tepuk tangan la hampa dekat situ..guling la kalau mampu.. Ada aku kisah??.. Rasanya sapa yang kenai aku,memang dah tau kot aku jeneh tak heran apa orang nak kata..mampus kau situ..

Yang aku tau,aku dengan Eli akan bangun balik dari benda2 busuk macamni..


~~~~~

Pada yang PM dekat facebook bagi kata semangat,terima kasih banyak-banyak. Walau masih ada yang aku xreply lagi...atau cuma dapat aku reply tq or terima kasih.. Sebab aku pun xtau nak reply apa hahahha..

Apa pun terima kasih banyak-banyak atas kata semangat dan doa dari uoll yang kebanyakkan dah pangkat kakak-kakak. Terima kasih sangat-sangat.


~~~~~~~

Atas apa yang jadi dari dulu sampai sekarang,sgt merubah pendirian aku.

~~~~~~

Terima kasih pada member yang xputus-putus tolong aku n Eli. Jasa uoll aku kenang sampai mati.







Akhir kata, FUCK UMNO!!


Bye.



For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi