Skip to main content

Resepi Moi Sup Ayam / Resepi Bubur Nasi Ayam.

Hye



Moi aku selalu masak banyak cara..kalau malas,masak moi versi malas..kalau rajin,moi versi rajin hahaha..


Resepi (untuk 4x makan)

Beras
Ayam 4-5ketul
Carrot(potong dadu)
Ubi kentang (potong dadu)
Daun sup(potong kecik-kecik)
Daun bawang (potong panjang-panjang)
Halia 1inci (potong nipis)
Serai sebatang
Halba
4beradik sup
Garam
Gula(sikit ja)

Cara nak masak :-

Masukkan air dengan ayam dalam periuk,didihkan. Dah agak mendidih ayam masukkan halba,halia,serai,4beradik sup dan daun sup.

Agak dah naik bau sup ayam tu,masukkan beras yang dah dibasuh. Slowkan api,biar mendidih dan beras masak.

Tambah air sampai beras betul-betul kembang dan lembut.

Masukkan ubi kentang,carrot,garam dan gula.
Bila semua dah lembut dan masak, tabur daun bawang. Tutup api.

Siap!!

~~~~~~~~~

Gilaaaaaa punya senang kan??hahahaha

Sambil tunggu moi masak,aku siap sidai baju..basuh pinggan dalam sinki hahaha..

~~~~~~~

Bila nak makan, rebus la telur masin,goreng ikan bilis,kacang goreng..potong cili api letak kicap.


Kalau lagi rajin??masak la kangkung goreng belacan.

Kangkung goreng belacan oi!pedas2..
Sedap makan dengan moi panas-panas.

Resepi kangkung goreng belacan :-
1cekak Kangkung (asingkan batang dengan daun)
2biji Cili hidup merah 
4biji Cili api hijau
2sudu besar bilis kecik/1inci belacan
1 labu Bawang besar saiz sederhana
5ulas Bawang putih
Garam
Kicap manis
Sos tiram (sikit)

Tumbuk semua bahan diatas kecuali kicap dengan sos tiram.

Panas minyak,tumis bahan tumbuk tadi dan masukkan sedikit air,api pelahan biar sampai bahan tumbuk masak dan air sedikit kering.

Masuk kicap dengan sos tiram. Gaul mesra,masuk batang kangkung. Agak batang dan lembut perasa dengan garam dan masuk daun kangkung.

Gaul mesra,ttup api. Siap!

Bye!
Selamat mencuba!











For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Cara Mudah Nak Download Movie Dari Internet Sekali Subtitle. (Movie Malay,English,Korea,Hindustan)

Hye, (Entry penuh gambar,step by step) Disebabkan ramai juga yang tanya pasal macamana nak download movie,meh sini nak ajaq HAHAHAHA aku download pastu aku tengok dekat tv.. aku dulu pun bengap gila kot..noob xdak dah..ahahaha Stress dok rumah..dah la xboleh tengok wayang,nganga tgk drama bodoh dkt tv3 ja memanjang.. hoi!mmg xboleh blah.. maka,Eli pun ajaq aku cara nak download. pastu aku ada tanya kawan aku juga.. Kalau movie korea aku selalu download dari kickass.to tulis tajuk movie contoh aku akan type :-  49days complete so nanti keluar..selalu movie korea kalau download dari kickass.to akan ada sekali sub.. xyah susah payah dah cari sub. cara nak download dari kickass.to sama juga step mcm bawah ni.. ~~~~~~~~~~~~~ Part 1 1st kena ada utorrent. kalau tak dak,google dan download la ye. download nanti akan naik macam gini klik la dekat icon utorrent iteewww bila klik,akan jadi macamni..