Skip to main content

Anak Kedua Aku Dan Rm100.

Hye

Akhirnya, dapat juga anak kedua. Baru 3hari ada dengan kami.

Seekor anak kucing.

Aku memang niat nak bela kucing dah lama..sebelum ada Adelia lagi..tapi Eli xbagi sebab dia ada alergik..

So taram jala niat dalam hati. Sampai la baru-baru ni Eli bagi plak bela..aku guna alasan nak bagi Adelia happy..hahaha..

Sebab sebelum ni Adelia dok gila kucing dekat kedai makan abe siam dekat rumah kami ni..

So apak dia pun setuju,suruh aku cari..kami xmau beli kucing parsi ka apa sebab nan ado duit..niat nak bela kucing kampung ja.

Aku pun up status dekat facebook,tanya siapa nak bagi kucing secara percuma..

Rezeki,ada orang PM dan terus bagi gambar-gambar kucing yang dia nak lepas ke orang untuk bela..

Terus ioll berkenan si kenit dalam gambar ittewww..

Sabtu haritu,terus gerak ke Setapak.
Singgah xsampai 10minit,terus gerak balik ke Banting semula.


Time ambil tu,Adelia tidor..si kecik ni pun cool n steady ja masuk dalam kereta..

Takut gak aku kalau dia buat cempeqaaa dalam keta hahahha..

Selamat dia cool.

~~~~~~~

Dari apa yang tuan dia cakap,dia betina sebab nama pun Annabell.

So aku tukar ke nama Sofia.
Adelia pun dah dok panggil Sofia-Sofia..

Sekali bila usha betul2,memang nampak la kejantanan dia..hahaha

So now tukar jadi nama Uno. Tapi Eli dok panggil Meon..menyampah ioll.

Adelia pun dok panggil Meon,pastu gelak2..hahaha



Aku tengok hg,hg tgk aku.
Begitu la sampai ke sudah.

Uno ni manja dan cerdik.


~~~~~

Hari yang sama Eli bawa aku p pet shop.
Sebab nak beli pasir segala.

Dekat Banting ni kemain payah ler nak cari Pet shop,kebetulan hari yang sama tu kami p Kota Kemuning,terus singgah Pet shop situ.

Aku beli bekas nak letak pasir tu..
Pasir untuk najis dia..
Bekas makanan..
Makanan..

Eli dok qalit pilih loceng nak letak dekat Uno,siap pilih warna Pink sebab dok ingat dia Sofia hahaha..

Total untuk 8barang =Rm94 after diskaun.


10kg Rm23..
Tak ada bau dan tak berhabuk sangat.

 Macam ni la rupa pasir dia..
Bulat2.. Dan ada crystal juga..

Bila Uno berak,pasir ni akan keraskan dan najis n air kencing Uno akan tergumpal jadi keras kejung hahahaha..

Aku mula macam geli-geli gak..tapi selamat xda bau. Kena Sodok buang ja najis n gumpalan air kencing dia..

Dan memang tak ada bau.

Bekas najis ni aku letak dekat dalam toilet belakang dekat dengan dapur, tiap pagi or petang,aku sodok najis dia..

Geli gak kalau biar berketul-ketul dalam tu.

Bekas untuk letak pasir ni saiz M kot..Rm24 satu.


~~~~~~

Makanan dia aku main ambil ja.. 400g Rm16.

Brand EquiliBrio kitten.


Bekas tu pun gagah aku beli Rm10 gak la hahahha..semangat2..

Mula tu Uno dia xmau makan..aku syak dia kenyang..malam sikit aku terpaksa bagi wet food whikas punya..makan habis plak..

Esok tu ahad baru dia makan dry food ni..lega ioll. Taik pun cantik sebab masa makan wet food tu najis dia cayaq gila..

Aku baca,brand Equilibrio ni xberapa ok sangat sebab ada corn gluten meal..sebab kalau boleh cari yang xda corn,gluten segala...sebab benda2 tu xbagus..(betulkan aku kalau aku salah)

Itu pun aku google lepas dh beli makanan ni..next time la try brand lain..

Pening gak la rupanya nk jaga kucing pun hahahaha..


Total untuk permulaan ni habis dalam Rm100. 

~~~~~

Balik rumah,benda pertama yang aku memang nak ajar adalah cara buang najis.

Aku risau juga sebenarnya,sebab sebelum ni tuan dia just biar ja dia berak dalam cage,lepas tu sembur air gitu..so Uno memang tak biasa berak dalam pasir.

Sampai rumah,aku bagi dia makan,setting tempat najis dia,setting tempat tidor dia..aku tinggalkan dia dalam toilet belakang tu n tutup pintu.

Sebelum tu,dia nak berak,tercari2,terkuis-kuis segala benda..laju2 aku bawa dia masuk dalam bekas najis tu.

Aku biar dia dalam tu sampai la esok pagi. 

Hari kedua,aku tengok tiap kali dia nak berak,dia lelaju masuk sendiri dalam toilet dan berak dalam bekas najis dia..

Rasa macam ibu yang berjaya gila..hahahaha
Risau gak la aku kalau dia fail or susah nak di ajar.

Rupanya,senang ja.

Aku memang monitor la..so dekat nak masuk hari ke4 ni,still dia p berak dekat situ..xda terkincit dekat memana lagi.

Lega mak.

~~~~~~

Semalam aku cakap dekat Eli nak bawa Uno p jumpa vet untuk ambil ubat cacing dan tanya pasal proses nak kasi kan Uno.

Eli pandang ja aku..hahahha..dah macam anak orang plak..


So far dah 3hari++ la Uno dengan kami. Dia still dalam proses menyesuaikan diri. 

Nampak ja Adelia,lari xcukup tanah hahahaha..
Adelia pun nampak happy.
Suka gila dia main dengan si Uno tu..
Dia syok tengok Uno dok ligan toy yang dia acah2 ke Uno.

Aku dok berjaga-jaga juga,takut Adelia makan biskut Uno.Adelia bukan boleh kira..hahaha

Semoga panjang la jodoh kami berempat.
Amin.








For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Cara Mudah Nak Download Movie Dari Internet Sekali Subtitle. (Movie Malay,English,Korea,Hindustan)

Hye, (Entry penuh gambar,step by step) Disebabkan ramai juga yang tanya pasal macamana nak download movie,meh sini nak ajaq HAHAHAHA aku download pastu aku tengok dekat tv.. aku dulu pun bengap gila kot..noob xdak dah..ahahaha Stress dok rumah..dah la xboleh tengok wayang,nganga tgk drama bodoh dkt tv3 ja memanjang.. hoi!mmg xboleh blah.. maka,Eli pun ajaq aku cara nak download. pastu aku ada tanya kawan aku juga.. Kalau movie korea aku selalu download dari kickass.to tulis tajuk movie contoh aku akan type :-  49days complete so nanti keluar..selalu movie korea kalau download dari kickass.to akan ada sekali sub.. xyah susah payah dah cari sub. cara nak download dari kickass.to sama juga step mcm bawah ni.. ~~~~~~~~~~~~~ Part 1 1st kena ada utorrent. kalau tak dak,google dan download la ye. download nanti akan naik macam gini klik la dekat icon utorrent iteewww bila klik,akan jadi macamni..