assalamualaikum..
Ni gambar scan kali kedua..doktor cakap "macam ada...tapi saya xboleh confirm.." zzzzZzz
Cerita dia macamni..
15.disember.2013 haritu,aku sakit kencing kotor.
Sakit ya amat.
Aku ke klinik homeopati.
Doktor hassan saspek batu karang, dia tanya pregnant x..aku cakap la tak..sebab memang tak pregnant..
So dia bagi ubat titik(titik dlm air), ubat tu untuk cuci buah pinggang. Dan dia bagi ubat biji juga untuk makan.
Aku balik jam 3ptg,start makan ubat setengah jam sekali,malam tu dah ok..dah xsakit pinggang cuma kencing kerap ja yang tinggal.
Esok tu aku bangun, tengok bila kencing ada darah keluar. Darah macam period. So aku ingat period la..sebab aku pun lupa bila last period aku..
Pastu keesokkan hari, ada darah lagi..masuk hari ke-3 sepatutnya darah keluar, tengok dah xada yang keluar. Pelik plak aku..selalu period aku heavy sampai hari ke-5..
21.12.2013, sakit datang balik..kali ni nak jalan pun sakit. Jumpa doktor. Check air kencing,confirm kencing kotor.. dan paling mengejutkan upt +ve derrr...
Doktor tanya bila last period..ok time ni aku belasah ja cakap 20.11 last period.. hahahah #xlawak
Tapi upt tu samar-samar..tapi nampak la kata +ve. So doktor suruh datang lagi esok untuk test air kencing. Dia bagi diap bekas untuk aku simpan air kencing yang pertama pagi-pagi buta.
Dia bagi antibiotik, ubat minum. Balik telan 2biji antibiotik..lega.
Doktor pau aku RM75
~~~~~~~~~~
Esok tu, aku drive sendiri p klinik tu balik.
Nak bagi air kencing dan nak scan.
Sementara air kencing tengah di test, doktor scan.
Dia scan xnampak apa oi..grey semata-semata. Tapi doktor kata ada kantung.. kalau ikut ukuran time tu 7w 3hari.
Tapi sumpah ,aku xnampak apa-apa..nampak bulat ,tapi samar2 n keseluruhan warna grey!
Dah scan,dia xprint out pun gambar scan tu..sembang-sembang..masuk staff mai bagi upt tu
...tau x apa jadi?.. result : -ve.
ZzzzzzzZzzzzz
~~~~~~~~~
Doktor suruh aku balik untuk test sendiri dekat rumah. Dia cakap maybe air kencing aku dah xboleh pakai sebab terlalu lama n aku biar sekejap dalam kereta dalam 20minit gitu.
Dia pau aku RM80.
~~~~~~~~
Maka aku balik,beli upt banyak-banyak..
Aku test,semua negatif.
Almost 2minggu
Test balik..still -ve.
Aku makan macam-macam nak bagi mai period sebab negatif kan..kot2 la lepas makan period mai menjengah.
Tapi nan ado.
~~~~~~~
So aku ke klinik satu lagi.
Test.
Scan.
Upt : -ve.
Scan : nampak macam ada,tapi xconfirm (doktor pun xtau nak cakap mcmna)
Doktor ni pau aku Rm70
19.1.2014
Eli bawa aku p joging.
Time ni memang still upt -ve
Aku pun xada rasa meloya ka..rasa breast keras ka apa...
Joging la dalam 4round gitu..
Balik rumah tengok ada dark spot dekat panties.
Dahh cuakkk!
Lepas maghrib tengok keluar lagi banyak.
Tapi xsakit. Tak rasa sengugut or krem pun perut aku.
21.1.2014
Harini still keluar darah.
Aku boleh rasa mcm darah tu keluar membuak2..macam laju ja keluar.
Bila basuh,keluar macam darah ikan tu..
Pastu ada macam sepih-serpih isi..
Nak kata mcm period..macam x...
Ntah laaaa..
Jap g siang aku nak p scan tengok.
Nak dengar apa kata doktor pula.
Bye.
Comments
tc
cam sedih plak...
tp xpe, klu bukan masanya lg...
apa2 pon jaga diri key piya...
apa2 pon jaga diri key piya...