Skip to main content

Ramadhan 2013 :: Juadah berbuka hari ke6 - hari ke-8.

assalamualaikum..


Aku bab masak memang semangat waja. Muahahaa.. aku suka masak..suka makan. Gituuewwww..


JUadah berbuka hari ke6, aku masak nasi lemak kuning. Tapi kali ni masak nasi lemak kuning aku xletak santan pun..sebab nak bawa ke sahur. Kalau letak santan takut basi plak..

Nasi lemak kuning..
Sambal tumis kosong
Telur dadar
Ayam kari kicap yang juadah hari ke-5 punya
Kacang goreng
Ikan bilis goreng
Timun
Popia homemade

Nasi lemak kuning tu, sebab xbuh santan n xda daun pandan..aku ganti dengan serai. Wangiii uoll.

Ketuk2 serai 2batang..masuk dalam ricecooker..masuk sikit serbuk kunyit..kacau2..masak.



Alhamdulillah..sekarang sambal tumis aku dah menjadi.

Terima kasih kak aisyah sebab turun ilmu. Aku xtau la aku pernah share or x pasal sambal tumis ni..

Cara dia mcmni..
Blender cabai kering dengan ikan bilis. Ikan bilis buh banyak2..so xyah buh belacan dah..

Air bagi sama paras dengan cabai dalam blender.blend sampai halus.

Ambil periuk..jgn guna kuali.. buh minyak banyak sikit..minyak panas ja..slow api terus tumis cabai blend tadi.
Xyah tambah air apa..

Kacau2..tutup periuk..tapi kna rajin kacau tau..takut hangit plak..api maintain ja paling slow..

Biaq cabai masak n pecah minyak.. bila dah pecah minyak kawkaw..buh gula..buh garam..kacau2.. buh plak bawang besaq potong bulat2..dgn buh 1keping halia ketuk..

Kacau lagi..agak gula garam suma dah hancur lebur elok..tutup api.

Masak cabai minyak kna banyak dari cabai..tp jgn la meriah sgt..agak2 cabai boleh masak n pecah minyak.

Seronok gila bila masak sambal..sambal jadi...


Popia goreng aku just buat popia sayur.

Ada kobis..carrot n timun..


Gulung.
Aku guna air tepung gandum nk bagi lekat kulit hujung.


Popia goreng panjang pendek hahaha..

Kulit popia aku guna brand fiqa kot..ka figa ntah..serius kulit popia dia senang nak tarik walaupun time tu baru keluar dari peti ais. Xkoyak pun..

Kalau baca dekat plastik dia..dia dah mention y senang tarik n xmudah koyak. Ingat tipu...hahaha..

Halal ye. 


~~~~~

Juadah berbuka puasa hari ke-7.
Kailan ikan masin
Tomyam
Telur dadar
Udang goreng tepung 
Kerabu mangga

Aku masak ala2 thai...n siap buat pes tomyam sendiri uoll..muahahhaa.. gigih kan.. ok la kan..belajar buat benda baru.

Resepi pes aku google ja..pastu aku derhaka sikit..hahaha
Tapi xpa la..aku share dekat sini resepi ikut kepala aku.



Resepi pes tomyam.

Cabai kering (15-20bji)
Udang kering (2sudu besar)
Serai (3btang)
Daun limau purut (4helai)
*Limau nipis (1bji)
Bawang besaq (banyak)
Bawang putih (4bji-5bji)
*Air asam jawa
Kiub tomyam knorr(4biji)
*Gula


Semua bahan blend sampai lumat gila2..bahan yang bertanda * ja xyah blend.

Dah blend,panas minyak dalam periuk.guna periuk tau..xyah guna kuali.minyak banyak ok..dalam 1senduk++ gitu..

Tumis bahan y dh blend tadi..xyah dah tambah air or apa..api paling kecik..tunggu sampai masak n pecah minyak.

Dah pecah minyak..masuk air asam..masuk air limau nipis..masuk gula. Kalau xrasa garam baru masuk garam..

Kacau2 sampai sebati..tutup api.biaq sejuk.

Macam aku, bila dah sejuk..aku masukkan dalam bekas,simpan dalam peti ais.

Pes ni boleh buat masak nasi goreng tomyam..masak ayam ke..bukan semata2 tomyam..

Siap tomyam guna pes sendiri.

Tomyam nk buat senang ja.. aku masak guna ayam ja..

Rebus ayam..masak rebus ayam tu masuk sekali daun limau purut, cabai melaka(cili padi) tumbuk lumat2..dgn cili padi ketuk..tp if pes tomyam dah pedas..xyah masuk cili padi tumbuk..buh cili padi ketuk ja..

Rebus sekali ayam..dah agak ayam masak..masuk sayur..bawang..tomato masuk last2.. 

Pastu masuk pes tomyam....kacau2.. nak pekat kurangkan air n masuk pes tomyam lebih sikit..gitu..masak la sampai mendidih..kalau rasa xcukup...perasakan la bagi rasa best..

Ada y tambah kiub tomyam tu..mcm aku xtambah dh..tp tpulang la dekt lidah masing2..gituuu..


Kailan ikan masin.


Kailan ikan masin,aku masak guna ikan apa pun xtau hahha..tapi jeneh ikan isi la..y salu orang guna masak gulai..

Aku tumbuk sesiap sampai lumat kasar2 tu..pastu gaul sekali dengan bawang putih cincang.

Panas minyak, masuk ikan masin tumbuk y dh siap gaul dgn bawang..agak dah masak ikan..masuk kailan,bawang besar n cabai merah besaq...masuk sos tiram..masuk kicap cair sikit.

Kacau2 agak2 kailan dah nak layu..masuk garam sikit n gaul pastu tutup api..siap.


Udang goreng tepung.

Tepung aku guna tepung jagung n tepung gandum sikit.

Gaul dalam putih telur..golek2 dalam tepung..goreng. siap. 


Kerabu mangga ala thai.

Senang juga. Ni versi xguna minyak ikan thai..tapi gna minyak ikan bilis.

Mangga(potong nipis2..)
Tomato(buang biji n potong)
Kacang tanah goreng (tumbuk sikit bagi pecah)
Kacang goreng xtumbuk
Ikan bilis goreng
Minyak ikan bilis 1sudu
Air limau nipis 

Gaul semua bahan. Perasa dengan garam n gula. Siap.


~~~~~

Juadah buka puasa hari ke-8


Ayam bakar rosemary bersama nasi basmahti


Rencah ayam rosemary aku beli yang readymade dkt giant.

Tapi xkena la dgn tekak aku..nnt nk try buat xguna herbs.. nak buat bakar biasa guna sos perap biasa.

Bakar dalam oven 180c selamat 1jam.
Bahan sampingan aku letak ubi kentang,carrot,capsicum...ubi kentang dengan carrot aku rebus setengah masak dulu before masuk dalam oven

Beras basmathi tu aku rendam 1jam..pastu masa masak aku letak sikit serbuk kunyit..


Sekian. Terima kasih.


:)
Bulan puasa kalini excited uoll nak masak macam2..

Adelia memang xkacau..

Dia dapat layan katun..dah ok dah..
Xheran pun mak dia xda..



Boring..dia lena sendiri..

Tu kadang ada y heran..aku ni masak beriya2 adelia xkacau ka..hahaha


Memang xkacau..sebab tu mak dia boleh masak mcm2.. aku keletungckeletang dekat dapuq..dia xheran..xtgk tv..dia main..

Dia kdg mai juga dapuq..tapi dia xsuka kenjah dapuq..sbb dia lebih berminat nak main petiais n main magnet fridge..kalau boring..dia p depan balik..hahaha


Bye2.










Comments

erin said…
baiknye adelia, klu aish nak bergayut tepi kaki smbil nangis..haihhh, mmg xdpt nk masak beria, klu ayah dia ada br boleh masak sungguh2
IbuNoey said…
alamak,sis..lapar lak tgk masakan sis tu..huhu..kena pulak bulan puasa cam nih..baik sungguh adelia, tak kacau kan..kalau AniqFiras,habis satu dapur dia round.xde jemu...
MimahAjil said…
rajinnya masak...thanks share resipi pes tomyam...leh try ni...:)
Mimy Hamid said…
rajin tul piya serba serbi buat...best best
~ NANA ~ said…
Meriah semua lauk! Semua nmpk sedap..btw nana pon tak suka rosemary sbb dia ada rasa pahit n tak best..sbb tu kalau masak roasted chicken ke apa, buh parsley n basil je dah sedap..hihi

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi