Skip to main content

Tak berkurang pun rezeki untuk aku..

assalamualaikum..


Aku ada buat entry pasal dekat mana aku ambil barang dan supplier aku siapa.. dekat facebook pun aku share benda yang sama. Setengah orang kata aku bodoh sebab bagitau supplier dan tempat aku ambil barang.


Maybe setengah orang pikir dengan share nama supplier..share tempat dia ambil barang..dia akan rugi...dia takut nanti orang tu lagi maju dari dia...takut dah xada orang nak beli dengan dia...


Come on...rezeki kita..allah dah tentukan..ayah kata kalau dah xada rezeki untuk kita,tu tandanya allah dah nak cabut nyawa kita...allah dah tentukan setakat umir tu ja rezeki kita.


Aku share pasal supplier tengah bulan 5haritu..bulan 5 ritu customer aku still ramai...ramai new customer..walau ada entry memburukkan bisnes aku since bulan4...


Sale bulan ni still capai target..still ada new customer..still ramai regular customer yang order...walau orang dah tau mana tempat aku ambil barang...siapa supplier aku..


Nampak x..rezeki tu dari DIA...xkurang walau sikit pun rezeki kita bila kita buka jalan untuk orang lain nak maju...


Aku sendiri pernah bertanya orang yang berniaga..mana dia ambil barang..yala masa tu aku baru nak mula bisnes..sama2 melayu xbagitau pun...siap cakap dia pun xtau..sebab barang dia semua kawan dia yang handle..


Tapi aku ok..mayb dia takut rezeki dia jadi sikit...tapi start dari tu..aku dah tanam dalam hati..once aku dah dapat berniaga kecik2..start aku dah tau tempat supplier..siapa tanya..aku akan bagitau..aku nak jadi lain dari orang lain..


Aku percaya dengan rezeki dari allah..aku percaya  ketentuan dia..kalau dia dah tentu rezeki aku setakat tu..setakat tu la aku terima..


so pada zaman dah maju gila nie..aku rasa kita kena ubah mindset kita...apa salahnya buka jalan pada orang yang nak cuba ubah hidup dia sikit2..


Setiap dalam kehidupan tu ada persaingan..sapa yang dia amalkan persaingan yang xsehat mcm buat entry burukan bisnes orang..sms orang cakap barang orang ni xori..brg dia ori...biarkan...dia xakan kemana..


Kita fikir positif... allah tu maha besar.


Kita kena percaya dengan rezeki yang dah ditetapkan pada kita... kalau tengok orang yang berniaga sama2 kita dia maju..mayb rezeki dia lebih dekat perniagaan..mungkin rezeki kita allah lebih dekat perkara lain..


Paling penting..hindarkan perasaan dengki khianat..busuk hati..

Dengan customer kita cuba jadi seAMANAH yang termampu...jangan makan duit haram...


Ramai tanya pendapat aku..mana lagi ok buat ready stock barang baby atau buat pre order barang baby...


Ikhlas aku cakap.. barang baby kalau ready stock memang slow kalau untuk orang yang baru nak bisnes..sebab orang xkenal fb ampa..kena cekal hati..selalu promote dekat fb tanpa TAG orang..sekarangkan siapa like status kita or gambar kita..orang lain pun dapat tengok..so dah xrelevan dah bab TAG2 orang ni...


Kalau nak pre order barang baby macam aku buat pun ok..tapi qenyah sikit... kadang bila ambil barang. Barang dah outofstock...kena refund duit semula...kadang dpt customer yang xfham..dia marah kita sbb baramg xda..kadang warna barang kena tukar tanpa minta kebenaran customer..kadang dapat customer yang faham kenapa terpaksa tukar warna...kadang ada yang xboleh tunggu..kejan..marah2..cakap aku menipu..cakap aku tentu masa untuk buat payment kemain..macam aku,aku terima semua...xpa rugi pun...tapi aku nak orang puas hati..tapi ramaiiiiiii customer yang baik..yang ok..yang xok tu boleh kira dengan jari..gitu..macam2 la benda kena hadap..tapi ok la..sebab tak payah keluar modal..cuma kumpul2 order..minta customer buat pfull payment..set 1date..p ambil barang..


Part nak packing n pos tu seksa sikit...sebab banyak..tapi berbaloi la..insyallah.


Aku masa mula bisnes dulu..yang order cuma 65 orang gitu ja..time tu untung sikit ja sebab supplier bagi barang harga borong skit ja..slow2 customer bertambah...sekarang ni alhamdullillah..dah capai 150-200 orang sekali order..


Kena usaha...tawakal...dah 2kali orang yang sama buat entry burukkan bisnes aku...sekali hujung tahun 2012..sekali yang dalam blog carutan jari tu..


Maybe masa mula bisnes aku dia burukkan aku rasa down...masuk kali kedua..kuasa allah...sedikit pun xterjejas bisnes aku.. malah makin ramai plak new customer yang order...alhamdulillah.



Nampak x?..kuasa allah melebihi kuasa manusia yang hati busuk...yang dengki khianat..



Pada yang nak mula bisnes barang baby or barang perempuan ke...good luck.. bagi aku kalau nk bisnes kecik2 n ready stock..better jual barang perempuan ..macam baju peplum..blouse..skirt...modai mula dalam 15inggit ke 25inggit untuk sehelai...biasa dia juai 1kodi(12helai)... kalau barang perempuan uoll kna terjah kenanga wholesale city...


Good luck untuk uoll. Kalau ada pertanyaan apa2..boleh email aku : milodalamtin@gmail.com


Mana aku boleh tlg..insyallah aku tolong.


Bye.

Comments

With Julia said…
Go mommy go! Sungguh jgn bodoh sombong dlm bisnes...nanti rezeki kurang....baik murahkan hati utk tolong mereka yg ingin menceburi bidang bisnes...insyaAllah berlipat kali ganda Allah bg rezeki :)
Cik Puan Rara said…
gud luck piya.abaikan org lain.
Anonymous said…
betol ke Harga POS dah naik?

kueh
Chekgu Azrine said…
Caiyok.sis..semoga terus berjuang dlm.perniagaan ye sis..akak.pun ada la 2-3x order brg dr sis..ngee
Mimy Hamid said…
tak kedekut lagi bertambah rezeki..moga piya dikurniakan tubuh badan sihat dapat cari rezeki meluas..amin
Rinah said…
kagum dengan "urban mommy" ini.. semoga rezeki bertambah dan bisnes berjalan lancar :)

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim