Skip to main content

JJCM :: GM beriani house dan cerita hari minggu.

assalamualaikum..


Dah lama xpekena nasi beriani..selalu makan dekat jalan nk otw ke alamanda ja..kebetulan ahad(semalam), aku p shah alam jumpa puan jenny(customer) sebab nak kena hantar barang dia..pos malaysia buat kerja macam hapa lagi kan..terpaksa la p sana untu hantar sendiri jumperoo. Ni special kes tau,sebab aku dah xbuat delivery dekat mana2 tempat.


Tunggu eli balik kerja pukul2 gitu. Terus la gerak ke bukit jelutong,shah alam.



Lama dah xpakai baju lengan panjang gini..dulu be4 kawen ja dok pakai..
Kebetulan semalam eli bawa p downtown jumpa andy untuk gunting rambut..jalan2 bekenan baju ni..
Rembat 2helai..murah ja..selai Rm20..modai baju ni aku agak dalam rm5-8 gitu ja..wuwuwuwu..
Kain nipis lembut n sejuk..xpanas..n xjarang.

Seluar plak jenis macamni aku ada 3helai..
Sukaaaaa gila oi seluar ni..
Kain jenis cotton spandex kot..
Beli dekat uniqlo alamanda..
Sehelai Rm50.
Sedap pakai..basuh banyak kali pun warna maintain xturun or lusuh.


Gambar mcm biasa suruh eli snap ler..
Pastu aku direct akan komplen..
"B xelok pun u snap gambar...tangkap len.."muahahahaha..
Last 10 dia tangkap..ada la 1gambar yang aku puas hati..hahaha..

Dan aku be4 keluar..aku akan tanya eli..
"B..nak pakai baju apa...seluar apa..."
Bila dah pakai..aku memang akan suruh dia pilih shawl apa aku nak pakai..wuwuwuuw..aku xpandai nak match2 baju semua..mata kayu.

"B..ok x shawl ni?..masuk dak..?"
Gitu..
Kalau dia cakap ok..baru aku siap.



Gerak..
Jumpa jenny semua.
Terus ke gm beriani house shah alam.

Xtau nak bagitau landmark dia..google la ye..hehe



Aku order nasi beriani ayam masak merah.
Eli order nasi beriani daging.


Tapi acar buah dia memang terbaik!!!!!
Eli cakap masak daging tu sedap..
Lauk aku ayam masak merah tu xkick sangat..kalau pedas lagi sedap.

Dia serve macamni rasa senang nak makan.
Acar buah dia memang sampai sekarang dok rasa2 lagi..wuwuwuwuwu..


Adelia minum air ja.haha
Dah kenyang makan dekat rumah.


Ini gambar malam nk gerak p uptown.
Kaki aku nampak mcm pelik kahkahkah..
Adelia sekarang pantang pintu buka..laju ja ambil kasut nak keluar.

Dia belum boleh jalan sendiri lagi..tapi bila kita pimpin tu dia jalan la..
Slow mollow ja..heheh

Itu baju peplum yang aku sendiri jual..aku ada semua warna hahaha..
Hitam,dust pink,mustard..hitam,merah..
Suka pakai peplum sebab dia cover perut..tp fail sebab dia kain material lycra..melekat sikit..
So kena pandai adjust pashmina..

Seluar sama mcm atas..beli dekat uniqlo alamanda juga.. harga pun sama..





Ini menu hari jumaat..masak laju2..sebab eli nak bawa bekal p tempat keja..biaa kalau eli keja malam..eli bawa bekal.jimat.
Ntah bila la shift pagi dia nak bawa bekal..bini salu tbabas xjaga..
Bawa bekal jimat.
Boleh berjimba..
Hehehe..

Ni masak kicap sos tiram versi orang malas.
Kenapa malas?sebab buh sayur sekali harung ...mihmihmih


Cara nak masak..senang ja.

Perap daging dengan bawang putih n halia..bawang putih,bawang merah dengan halia tu tumbuk lumat or blend..pastu perap dengan daging bersama2 kicap manis dgn sos tiram.
Perap la sejam ka..lagi lama perap lagi sedap..kalau ada serai..blend sekali..

Macam aku guna daging batang pinang. So masak xambil masa yang lama..kalau gna daging biasa..kena masak lama..

Panas minyak..terus masuk daging dengan perapan2 dia sekali..masuk air sikit kalau guna daging batang pinang..kalau daging biasa masuk air banyak2..sampai empuk..

Dah agak daging masak n lembut elok,masuk cabai merah yang kita potong serong2..masuk kacang buncis..masuk bawang besar..gaul2 masuk garam..gula jgn masuk dah..sebab kicap dah manis..

Kalau guna kicap masin..masuk gula..gitu..
Agak sayur dah lembut .tutp api.siap.

Makan dengan nasi panas2..ya allah..berpinggan tambah hahahha..

Last...ni gambar adelia.



Dah susah sekarang nak snap gambar dia...dia xsuka nk camwhore macam mak dia..hahaha
Kena paksa 
Maka dapat la muka macam di atas. 


Bye uoll.








Comments

D Yatie said…
Nasi beriani nampak sangat scrumptious. Peplum beli kt piah dok gntung dlm almari sbb kat kte melekat sgt husb x bg pkai. Tulang besaq kurus pun tak muat. Eh? Kurus ke? Hahaha. Daging tuh. Fuhhh. Tak sempat lg nak cuba masakm balik weekend jek husb ajk mkn luar. Hoho.
~ NANA ~ said…
piya slim! jelesnyaaa
Shuhada Shah said…
piya bila mau jual peplum???
safiyyah osman said…
Ala..nak ke..tgk nnt piya try buka order semula k...
safiyyah osman said…
Selim kaki ja..hahaha..perut menyedihkan...huhu
Shuhada Shah said…
Nak nak saya nak preorder tau tau :)

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Cara Mudah Nak Download Movie Dari Internet Sekali Subtitle. (Movie Malay,English,Korea,Hindustan)

Hye, (Entry penuh gambar,step by step) Disebabkan ramai juga yang tanya pasal macamana nak download movie,meh sini nak ajaq HAHAHAHA aku download pastu aku tengok dekat tv.. aku dulu pun bengap gila kot..noob xdak dah..ahahaha Stress dok rumah..dah la xboleh tengok wayang,nganga tgk drama bodoh dkt tv3 ja memanjang.. hoi!mmg xboleh blah.. maka,Eli pun ajaq aku cara nak download. pastu aku ada tanya kawan aku juga.. Kalau movie korea aku selalu download dari kickass.to tulis tajuk movie contoh aku akan type :-  49days complete so nanti keluar..selalu movie korea kalau download dari kickass.to akan ada sekali sub.. xyah susah payah dah cari sub. cara nak download dari kickass.to sama juga step mcm bawah ni.. ~~~~~~~~~~~~~ Part 1 1st kena ada utorrent. kalau tak dak,google dan download la ye. download nanti akan naik macam gini klik la dekat icon utorrent iteewww bila klik,akan jadi macamni..