Skip to main content

Pesan AYAH.

Semalam aku on call dengan ayah dekat sejam la juga...lepas rindu..


Macam-macam kami sembang..aku macam biasa dok bercerita macam-macam la dekat ayah...


Sat nangis..sat gelak-gelak...rindu la dekat ayah...


Ayah pesan.." Jaga la cucu ayah elok2..ayah doa rumahtangga hg kekal sampai hg tua..hg kena banyak sabar..jadi bini memang kena sabaq banyak..."


Sedih plak.


Ayah kata.." Hg apa-apa jgn keras hati..sabaq banyak2...nak buat apa pun pikiaq cucu ayah..."


"Kawen ni bukan setakatmasalah kecik...nanti akan mai lagi masalah ombal badai...hg kena ingat...n kena sabaq banyak..dalam rumah tangga..sabaq xda had..."


Aku speechless..ayah xpernah penat pesan benda yang sama banyak kali...


Semua tau kan,ayah aku ni la bff aku..susah senang aku..dia la yang jadi pendengar..


Malam tadi memang banyak benda aku diskus dengan ayah..hati rasa tenang.rasa fresh...rasa lega...


Aku boleh cerita apa yang aku rasa...ayah xpernah potong cakap aku bila aku tengah cerita or luah apa2..dia dengar apa aku luah...pastu dia akan bagi pendapat..


Kalau aku buntu pasal hal apa2..dia akan cuba bagi jalan pada aku...


"Ayah,sabaq saya ada had...."

Ayah balas, "sabaq mana ada had..kalau ada had itu bukan sabaq...."


Now ayah tinggal berdua ja dengan mak sarimah...adik-adik semua duduk asrama...


kami pun masing-masing duduk jauh...


Along dekat damansara..
Adik tat dekat gombak..
Aku dekat sepang..
Kak pikah dekat terangganu...


Masing-masing merantau...syukur alhamdulillah..kami xmenyusahkan mak dengan ayah..


Walau mak dengan ayah bercerai..walau kami terpaksa but pilihan tiap kali nak raya...
Walau kami xpernah merasa nak beraya dengan ayah masa raya pertama...


Tapi kami bangga,kami xmenyusahkan mak ayah..xbuat mak ayah pening kepala dengan perangai kami..


Aku xpernah merasa makan semeja ada ayah..ada mak sekali...


Aku xberpeluang nak rasa semua tu..teringin...tapi siapa la kami nak lawan takdir...


Ini jalan hidup kami 4beradik...
Semoga restu mak dgn ayah xputus untuk kami...


Mungkin dulu aku sentiasa tertanya2..kenapa mak ayah bercerai....kenapa jadi macamni...


Now aku dah 100% redha...yang aku tau sekarang...nak cuba jadi anak yang baik..adik yang baik dan kakak yang baik..


Aku sayang mak ayah aku.sayang along..sayang pikah..sayang tat n adik2...


Adik tat pun dah dapat kerja..semoga dia berjaya dalam hidup..sebab dia orang yang paling terkesan sekali dgn penceraian mak ayah.mak ayah bercerai dia umur 2tahun...aku 4tahun...


Dah lama masa berlalu...ayah sentiasa pesan.."apa pun jadi dalam rumahtangga..jgn bercerai..cari jalan untuk solve masalah...kalau bercerai..kesian dekat cucu ayah..hg kena ingat bila bercerai..anak-anak yang teruk.."


Semoga kita semua dapat kejar bahagia kita.amin.



Safiyyah osman.

Comments

DYatie ABakar said…
sedih pulak baca kisah piah.. wpun sy tak merasai &never in ur shoe but sy setuju sgt, kesan dr penceraian itu adalah kepda anak2..
YanaHime said…
Tahniah! Piya dh matang dh....
sedih lah pulak bce post ni..
mcm nk meleleh lak tetibe air mate ni..
tp hidup berumahtgga mmg byk cbran..
Siti Nursyamimi said…
sedih je mimi baca entry piya ni..
coz my mom n dad jugak brcerai..
after my dad kawin lain kami terus terputus hubungan..
sy pun rindu sgt2 kat my dad tp nk wat cmne kan dia dh lupakan kami semua..
seronoknya rapat macam tu dengan ayah. :)

stay strong (:
Mimy Hamid said…
be strong piya...akak tau piya kuat dan tabah orang nya..walau apa pun kisah silam kita...amik semuanya sebagai satu panduan hidup agar kehidupan kita lebih bermakna..amin
sarah shamsyul said…
Sedihla piya.....smoga success yea :-)
safiyyah osman said…
Tq semua atas kata semangat.... :)

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi