Skip to main content

Duit tak datang bergolek.

Aku masa memula jadi surirumah..rasa gabai gila..minta izin eli nak p keja dekat giant semua dia xbagi...


Aku jeneh segan nak guna or minta duit dia.n masa tu dia ada bisnes kecik-kecik dekat uptown jalan reko..tapi now dah tutup sebab xada pekerja.


Masa mula jadi surirumah,aku study lagi..so masa cuti sem jala yang aku RASA gabai sangat-sangat...


Aku masa bujang kan lepas sehari cuti sem terus cari kerja..bila kena dok rumah nganga..memang gabai sampai tulang hitam tau dak...


Lepas tu,perut 6bulan..aku habis study..masa ni duk dekat rumah memang hari-hari aku minta izin eli nak keja...


Last..dia bagi aku modai RM500..buat buah mula untuk bisnes.aku bisnes barang baby...dengan perut besaq..aku jalan satu-satu kedai servey barang untuk meniaga online...balik rumah kejang kaki-kaki...


Malam tu juga-juga aku snap gambar upload dalam fb...punya la semangat...


Tapi time tu bisnes aku memang slow gila...sampai la aku give up..aku lelong habis semua barang niaga...


Aku ingat lagi..kak mimy hamid la yang beli hampir 90% barang niaga yang aku lelong tu..


Masa tu aku dah semak..nak keja..adelia kecik lagi...aku ni payah nak percaya orang mengasuh.aku takut.


Sampai la aku dapat idea nak buat pre-order barang baby...kebetulan duit gaji eli memang cukup untuk bayar keperluan rumah ja lepas dah tolak apa yang patut..


Meniaga pre-order ni aku bukan ambik untung banyak pun..ada la 3 4ringgit...kalau nak banding dengan tenaga yang keluar..xberbaloi pun sebenarnya...


Tapi aku enjoy..atleast aku dapat tolong orang..dan aku pun boleh beli untuk adelia sekali..aku happy bila customer happy..


Lepas tu aku buat dropship handbag mng...sebab aku suka handbag...tapi bila duit cukup-cukup..aku jarang la shopping ke aku..kalau nak pun kena kumpul duit..macam aku beli sneakers tu...


Aku bukan jenis bini yang dok relax dekat rumah harap duit laki..no no no..aku bukan macam tu..aku ni dah terbiasa cari duit sendiri..


Eli keja siang malam..weekend pun keja...dah macam buruh kasar dah...kesiaaaannnn sangat...aku kalau pikiaq pasai dia keja..menitik air mata...kesian!


Sewa rumah saja dah rm650...susu adelia sebulan 5kotak..adelia minum susu enfalac A+..pampers lagi...kalau aku ni dok mengangkang..memang xcukup la..


Duit side income aku pun bukan berjuta...
Ada duit lebih kami simpan lepas tu kami enjoy...saving sikit...



aku ni punya pulun buat side income..
Juai barang baby..
Juai jamu maktok..
Juai handbag..
Juai peplum...


Terbongkok-bongkok balut parcel...sapa kata aku dok rumah mengangkang???..perabeh duit laki???...


Duit memang xdatang bergolek....kita kena usaha..kalau rasa duit xcukup..kita kena usaha cari side income..walaupun xseberapa..


Aku ramai yang email tanya nak buat dropship...buat la...kalau nak buat dropship handbag..email ja aku..aku boleh bagitau dekat mana supplier tu..boleh direct terus sembang dengan supplier..


Aku xpernah ada dalam hati nak niaga bolot sorang-sorang..ada yang tanya..aku akan bagitau..sebab aku percaya rezeki kita dah tertulis..


Cuma kita kena usaha ja.


Dan aku ni manusia biasa.bukan malaikat.aku akan ada rasa nak maki orang bila orang tu pedajaei aku..aku akan rasa nak marah bila ada hanjeng dok menyalak pasal aku..


Dan aku rasa marah bila aku nak kena suffer untuk kesenangan orang lain!!!!!


Sabar aku ada had.


Itu saja yang aku nak story.
Pada yang nak order peplum dengan harga RM28 sila email aku ok.

Order barang baby pun sama.email ja aku.

Bye.

Safiyyah osman.


Comments

('',)pzAEdy~ said…
nk tgk peplum kat mane ? :)
Mimy Hamid said…
nama kak mimy ada...thanks piya jual barang kat akak...piya ni bagus tak berkira...kadang segan sangatttttttttttttttttttt..dtg besday Fayel yer
Unknown said…
tak pe mungkin ade khidmahnya nnti ade lah rezekinya nantikan...

akk ade hantar email...
akk ade nak share...

check lah kalau rajin...
sweetlavender86 said…
dulu pun mase jadi suri rumah i pun buat bisnes online.brg tak laku tu perkara biase.give up sedih menyampah sume ada.tapi bile ade sorg customer je beli pun dah rase happy gile.mase tu pun tgh pregnnt.buat online bisnes jual hnbeg.alhamdulillah berkat sabar dan xputus asa laku jugak.dpt la bantu husband wlpun xbanyk.dpt la terasa nk beli pape yg kita nk.nk mintk selalu kt husband segan.tpi skang dah keje.smbil2 tu buat bisnes online.go piya.!insha allah allah akan membantu hambanya yg rajin berusaha ;)
DYatie ABakar said…
sabar ye dear~ itu lah asam garam kehidupan kita ni. :)

btw, sgt suka rompers for arissa & peplum! cuma...hahahha...akak gemmoookkk! :D

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi