Skip to main content

Semoga ayah sentiasa di beri kesihatan yang baik.



aku yang duduk atas ayah tue..
nie masa ayah kawen dengan mak sarimah.



Rindu la dekat ayah.malam-malam sunyi sepi macamni teringat ayah.
Ayah la segalanya pada aku.walaupun kadang aku rasa down dengan ayah.tapi rasa sayang dekat ayah tu lagi kuat.


Dari kecik aku rapat dengan ayah.dulu p tadika ayah yang bagi mandi aku.pastu sikat rambut aku..siapkan baju aku nak p tadika..pimpin tangan aku jalan p tadika.


Tidoq malam-malam mesti peluk ayah.pastu ayah senyap-senyap bangun p kerja pagi-pagi buta sebab ayah bawa van kilang.


Ayah best..xpernah jentik..pukui pun xpernah..
Bila besaq dapat jadi kawan.cerita pasal macam-macam dekat ayah.

ayah dengan along dengan pikah..
masa nie ayah xbercerai lagi..



Pasal bf..pasal kawan..pasal cikgu..pasal macam-macam.ayah pun selalu share cerita juga..cerita pasal  ex gf dia yang kawen dengan orang kaya dok amerika..
hahahaaha..
=p
pasai dia dulu kapel xbercinta terok-terok..
hewhewhew..



Xdapat aku bayangkan keadaan aku kalau ayah allah ambik balik.aku mesti sedih.mesti jadi orang gila.
Ayah tu macam separuh nyawa aku.xda ayah xda la separuh nyawa aku.
Ayah lubuk rahsia aku.lubuk cerita sedih-sedih aku.lubuk cerita happy aku.


Ya,ayah la orang yang sanggup pinjamkan telinga untuk dengaq apa yang aku nak cakap n luah.yang bila aku bercakap..dia bagi perhatian..bukan buat macam aku sembang dengan kerusi meja dengan dinding.


Ayah la orang yang selalu bagi aku cool down.ayah la yang selalu bagi semangat.ayah la orang yang xpernah pelekeh aku.
ayah selalu cakap yang aku nie,orang campak p mana pun boleh hidup..
sebab aku jeneh xmalu...
hahahaha..


Ayah la yang sudi dengaq aku berjam-jam bercakap dekat talifon sambil menangis..mengadu macam-macam..
Kalau ayah xda..dengan sapa aku bak menangissssss.....sedihnya bila benda ni terlintas dekat otak aku..



Aku ramai kawan,ramai sahabat,ada suami..ada emak..ada abg..ada kakak..ada adik-adik...
Tapi hanya ayah satu-satunya yang faham aku.yang bila aku luah apa-apa dia xblame aku.dia xbuat bodo bila aku bercakap..dia pay attention..

walaupun ayah tau aku nie kuat menyebai..
kuat menangis..

pernah dulu,masa aku kena tuduh pecahkan cermin kereta ex boss aku..
polis suruh aku p balai..
ex boss aku call cakap dengan ayah aku..
tuduh aku p pecahkan cermin kereta dia..

malam tue,ayah mai rumah mak..
jumpa aku..
tanya aku betoi ka aku p buat macam tue..
sebab ayah aku kata aku nie daring lebih..
ahahha

tapi ayah tak tuduh aku..
so kami sembang..
macamana..
patut or tak aku p balai polis..

ayah tak paksa..
ayah kata kalau aku boleh fight apa yang polis nak tuduh aku..
ayah suruh aku p..
kalau rasa nanti aku akan menangis sebab geram kena tuduh dengan polis tue..
ayah tak bagi aku p..
ayah tau,aku kalau geram dekat orang..aku tak boleh buat something
aku akan menangis..

so aku xp..
lagi pun bukan aku salah pun..
ex boss aku yang bodo..
ahahaha

hebat tak hebat ayah..
so now..
Faham x apa yang aku akan rasa kalau aku hilang seorang ayah yang hebat macam ni....
Dekat mana aku nak cari ganti.....


Bila aku mengadu dekat ayah betapa terkilannya aku dengan sesuatu perkara...ayah akan cakap "xpa..hg kena cool.."

Ayah xpernah letih nasihat aku suruh hormat suami.xpernah letih nasihat aku jangan bangkang suami.
Aku nampak ja kental berapi-rapi..tapi ayah tau aku bukan kental mana pun.
Ayah tau..aku ni geram sikit menangis..marah sikit menangis...sakit hati sikit menangis..


Dulu kecik-kecik dahaga tengah-tengah malam,aku panggil ayah minta ayaq...nak terkencing tengah-tengah malam ,aku panggil ayah minta teman p toilet.
tapi dulu ayah selalu bagi aku kencing dalam sinki ja..
ahahahhaa


Ayah...kalau ayah xda..dengan sapa saya nak mengadu kalau-kalau ada yang buat saya sedih...


Dulu kalau ada orang yang buat ayah macam kayu..time ayah antaq aku p keja mesti aku nangis-nangis marah ayah sebab pasepa ayah xmarah balik orang yang buat di macam kayu tu..


Ayah macam besa akan cakap " hg tgk ayah mati ka dak orang buat ayah macam tu???"
dulu masa aku keja balik tengah malam naik moto,
kadang ada malam yang aku takut nak balik..
ayah la teman..
mai jemput aku .
tapi naik moto asing-asing..


besa sekali tue,kami dua lari pada roadblock..
hehehe
ayah roadtax mati..
aku lesen xdak..
hewhewhewhew..

dulu before p keja..
pagi-pagi..
aku akan tanya ayah nak lalu jalan mana...
ayah akan suruh ikut jalan yang dia rasa selamat dan xada polis buat roadblock..
hihihi..

"ayah rini saya nak lalu jalan mana p keja??.."

"hg lalu kot taman kempas..insyallah tak dak roadblock.."

atau pun..

"hg lalu jalan besaq la harini..nak keluar simpang hati-hati.."


haissh..
banyak kenangan..

semoga ayah panjang umur dan dimurahkan rexeki.
semoga nanti ayah dapat syurga.
amin.


ayah sekarang.



Comments

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di