Skip to main content

9bulan umur nur adelia.




Tiap kali adelia masuk umur baru,tiap kali tu la aku rasa macam sat ja masa tu berlalu..


Rasa macam baru sakit nak beranak dekat dia..teringat-ringat masa tengah takut dia nak kena tukar darah..


Pejam celik dahhhhh 9bulan.lagi 3bulan ja nak masuk setahun.




Adelia so far makin cerdik.dah pandai main dengan mainan yang mak apak dia beli..


Suka menjerit-jerit.suka sembang sorang-sorang.sambil tangan tu dok kira apa xtau...hahaha



Adelia gigi dah ada 3batang,2batang gigi bawah,1batang gigi atas.tiga empat hari aku dok dengaq dia dok ketap gigi..heran gak..cek-cek tengok gigi atas tengah dok keluar..comeyyyyy ja..Nak kena start cuci gigi dia dah.





Adelia bab makan,bab minum air kosong memang tak mis..dia xmemilih..suap ja makan...bagi la apa pun..xpernah dia luah balik..


Aku masa mula nak ajar dia minum air masak,aku ajar dia minum air zamzam..sulam..sehari aku bagi dalam 2oz ja air kosong..yang lain air susu.




Berak pun ok,xsembelit.hari-hari berak..lega hati ai tau...


Baru-baru ni before gerak p bandung,adelia ada kahak balik sebab tidur bunyi..aku terus bawa jumpa doktor hassan,klinik homeopati dekat bangunan pkns tu..kebetulan memang nak ambik ubat adelia untuk bawa p bandung..

Doktor hassan check memang adelia berkahak...so balik sampai rumah aku bagi..dari pukul 5petang gitu start bagi sampai la ke pukul 11.30mlm..selang sejam aku bagi.


Esok pagi tu pun bagi lagi...selang sejam..sampai la dia tidoq malam kedua tu dah xada bunyi...esok hari ke-3 najis dia memang berlendir-lendir..





Selama 3 bulan adelia start solid food,alhamdulillah xpernah lagi masuk dalam perut dia instant food.kecuali susu formula.aku sehabis baik cuba nak hindarkan instant food masuk dalam perut dia..SEBAB aku nak bagi ubat homeopati betul-betul berkesan dekat badan dia..


Ubat homeopati ni kena pantang makanan instant,makanan yang banyak bahan pengawet..


Vaksin pun dah stop.maybe agak terlambat aku stop..tapi xapa la..aku cuba sehabis baik.



Masa dia kecik ni jala aku nak dapat control pemakanan dia..nanti dah besaq..dah pandai nak argue cakap aku dah susah..


Aku ni surirumah..FULLY HOUSEWIVE..agak memalukan kot bagi anak makan instant food..padahal aku ada banyak masa untuk masak dan bagi anak makan makanan yang homemade..


Malu dekat orang yang bekerjaya tapi dapat bagi anak makan makanan homemade...orang berkerjaya lain..masa terhad..so terpaksa pilih option lain..


Aku kalau mai mood malas,aku akan ingat mak fayel..terus aku jadi rajin sebab aku rasa macam aku ni terok kalau xdapat bagi adelia makan makanan homemade.


Padahal mak fayel kerja keluar pagi buta,balik dah petang gila.tapi fayel still dapat makan makanan homemade...


So harap-harap usaha aku kekal sampai adelia betul-betul jadi xbiasa dengan junk food segala.dan lebih sukakan makanan yang aku masak.amin.



Adelia still continue makan ubat minda homeopati.setiap hari sebijik dia kena telan..hehehe..



Adelia baru boleh merangkak dalam 2 3step...baru dok rasa berani...syukur.



Duduk pun baru tengah cuba jaya lagi...boleh duduk,tapi terduduk atas kaki sendiri..hahahaa..




Adelia tidur meniarap,jarang dia tidur terlentang.posisi mengiring dengan meniarap ja posisi feberet dia..bila dia penat meniarap kepala sebelah kiri,dia ubah sendiri p kanan..


Tiduq memang buaih la..merata alam dia p...sedaq-sedaq kaki dia dekat mula aku dah...hehehe..





Makin paham bila apak dia nak p keja..siap ikut p ke pintu..tengok kereta apak dia macam jauh ja kebelakang..nangis..huhuhu..


Berat adelia aku agak baru dalam 7kg lebih sikit..adelia jadi berat kurang dari rakan sebaya maybe sebab masa kuning dulu berat dia turun dekat 400gram...


Tapi xapa la..selagi graf dia ok..syukur alhamdulillah.



Oh!adelia belum sunaaaattttt...dok tagak-tagak nak bawa dia p sunat...aku dah bagitau sesiap dekat apak dia...masa adelia sunat nant dia yang kena pegang..huhu..aku takut..


Aku dok plan nk tunggu dia boleh duduk...tapi ntah la...macam xsanggup ja..kesian la dekat dia..sakit..sobs!


Apa lagi nak cerita..urmmm..adelia sekarang ni bab menniarap p ke dapuq pun dah jadi pakar..hahaha...bila aku teguq dia buat gaya macam nak terbang..hehehhee


Pastu kadang dia gedik-gedik kaki sambil buh tangan dalam mulut..


Selalu buat comey..kadang aku rasa macam nak gigit-gigit geram..huhuhu..


Lani kalau makan apa depan dia,memang dia pandang ja..teringin!..aku kalau makan buah pear..buat epal ka..aku bagi gak dia rasa..sua dekat mulut dia..dia gigit...tapi xdapat pun..hehe..


Itu jala kot buat masa sekarang.semoga adelia sehat dan membesar dengan baik.amin.


Bye..


Safiyyah osman.

Comments

Anonymous said…
salam...my doter pun sama kena kuning n dia punya berat bdn drop beberapa gram. start situ berat dia sikit je naik, smpi bwh line dah. Now dia nak masuk 2 yrs, last timbang x sampai 10kg huhuhu.... tp x risau da cam mula2 dlu, as long dia sihat-sihat sentiasa hee...

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Cara Mudah Nak Download Movie Dari Internet Sekali Subtitle. (Movie Malay,English,Korea,Hindustan)

Hye, (Entry penuh gambar,step by step) Disebabkan ramai juga yang tanya pasal macamana nak download movie,meh sini nak ajaq HAHAHAHA aku download pastu aku tengok dekat tv.. aku dulu pun bengap gila kot..noob xdak dah..ahahaha Stress dok rumah..dah la xboleh tengok wayang,nganga tgk drama bodoh dkt tv3 ja memanjang.. hoi!mmg xboleh blah.. maka,Eli pun ajaq aku cara nak download. pastu aku ada tanya kawan aku juga.. Kalau movie korea aku selalu download dari kickass.to tulis tajuk movie contoh aku akan type :-  49days complete so nanti keluar..selalu movie korea kalau download dari kickass.to akan ada sekali sub.. xyah susah payah dah cari sub. cara nak download dari kickass.to sama juga step mcm bawah ni.. ~~~~~~~~~~~~~ Part 1 1st kena ada utorrent. kalau tak dak,google dan download la ye. download nanti akan naik macam gini klik la dekat icon utorrent iteewww bila klik,akan jadi macamni..