Skip to main content

menu yang sesuai untuk baby umur 6bulan.

assalamualaikum..

kalau ibu yang pertama kali nak bagi makan baby,mesti macam gabra kan nak bagi makan apa...tambah pulak kalau jenis malas nak belek buku or nak cari info...jenis nak tunggu orang suap...

so aku nak share benda kecik-kecik..sikit-sikit yang aku tau la...kalau ada yang boleh tambah ,komen dekat bawah ok..


aku banyak refer buku dan kak mimy hamid banyak gak suap aku..hihihi..

-macam biskut  homemade umur 8m macam tue baru sesuai bagi makan. ini pun kak mimy yang suap abaq kat aku...mati-mati aku nak bagi adelia makan dah biskut..hohohoho

-bagi banyak buah yang mula huruf P untuk elak sembelit dan buah-buah yang mula huruf P nie bagus n banyak khasiat.

macam-macam lagi..


so masa adelia nak makan,aku dah ketaq habis.gelabah gila kot...huhuhu..p la tesco/ beli buah..beli sayuq..kurma...beli raisin..

yang aku tau masa tue baby untuk pertama kali boleh makan :-

peas
pear(ambik yang kuning jangan hijau sebab hijau masam)
epal
labu
avocado
kurma
ubi keledek
ubi kentang
sawi
bayam/bayam ungu
carrot
....


banyak juga yang baby umur 6bulan boleh makan.aku derhaka sikit..xberapa nak ikut 4days rules.hahahaa...habis kuat 3hari gitu ja..tapi buah dengan vege nie baby susah nak alergik.itu apa yang aku pegang la.

dan paling aku nampak,kalau nasi moi adelia if aku letak ubi kentang dia selera makan..maybe sebab rasa lemak-lemak.kalau tak akan rasa kosong ja kan...moi aku kadnag steam ja dalam blender n steamer avent tue..kadang masak guna slow cooker.


1st day aaku bagi adelia puree kosong ja..cuma campur dengan kurma sikit dengan susu ibu.aku bagi sampai dia umur 6m 2w...

lepas tue aku bagi moi kosong.esok tue aku letak sayur..kadang buah...memula adelia makan xbanyak mana...tap sekarang dah makan lalu dah..maybe dah makin biasa dengan makanan.

aku bagi 3kali sehari.

pukul 11-12 gitu breakfast sebab adelia bangun tidur lewat.
pukul 2-3 lunch, kadang kalau dia makan banyak lajak pukul 4 macam tue baru nak lunch.
pukul 6-7 dinner.

biasakan bagi mandi dulu baru suap makan.sebab bila makan dulu baru mandi...nanti bila badan kena air protien dia mengeras.xdan nak hadam.


breakfast biasanya aku bagi puree buah, adelia dia suka labu..so kerap la aku bagi labu sebab dia akan makan banyak.

lunch aku bagi moi yang aku letak labu or kalau tak letak labu aku akan campur la sayur,olive oil memang tak tinggal.sebab olive oil nie membantu unutk naikkan berat badan baby dan untuk elak sembelit.just letak 1sudu kecik or dua sudu kecik.


dinner pun sama macam lunch.


air masak suam lepas dah habis tue aku sua juga dekat adelia.dia kadang reject tapi aku paksa.hahaha..dapat minum sikit pun jadi.


menu yang aku pernah buat untuk adelia.

1. bubur nasi+carrot+kurma
2. bubur nasi + labu
3.bubur nasi +ubi keledek
4.bubur nasi + bayam
5.bubur nasi+sawi+kurma
6.bubur nasi+ubi kentang
7.bubur nasi+peas
8.bubur nasi+kurma+kismis

kadang aku buat menu no.2 +menu no 4...ikut naluri hati sanubari ja... ^___^


tolong jangan ketaq kepala nak letak garam or gula yeeee...kalau nak makanan anak berlemak campur la dengan ubi kentang.

nak makanan anak masin-masin campur ikan bilis,tapi make sure ikan bilis tue ambik yang warna putih n rendam air bagi lama sikit.kalau rajin sangai ikan bilis tue..pastu blend simpan.nanti tabur ja atas bubur.


itu jala yang aku boleh share.banyak lagi nak kena belajar.

siapa yang boleh share lebih-lebih..sila la komen ok :)

sama-sama kita belajar.

tata                                                                                                      

Comments

SUHAIDA said…
aQILAH SUKE BAYAM SAWI N CARROT..SERONOK DIE MKN.SU NK AJAR DIA MKN SAYUR NGAN BUAH JA
DYatie ABakar said…
arissa makan labu..melarat2 sampai ke demam sebab tak serasi.. T_T
nurul asyikin said…
kak,, sayur tu nak buat mcmne nak tambah dengan bubur? kena rebus dulu ke potong2 rebus ke atau mcmne?
nurul asyikin said…
nak campur sayur bayam dengan bubur tu mcmne? maksudnya sayur tu kita nak kena potong2 then rebus atau mcmne ya?
Anonymous said…
masak sekali dgn bubur pun boleh yg penting smpi lembut pastu tapis sume tu. baru suap kt baby.

Popular posts from this blog

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim