Skip to main content

Sepanjang 3bulan menjaga Nur Adelia Mohd Noradli.

Rutin adelia xtentu,ikut mood dia..so aku pun kena follow la kan..Rutin adelia sepanjang 3bulan pertama;-
1.Bangun tidoq pukul10.30 or paling lewat dia akan bangun pukul11..bila bangun tersengih-sengih dah bila dengar aku bagi salam dekat dia.pagi-pagi celik ja mata dia yang sepet tue,aku akan terus pandang dia dan cakap "assalamualaikum,selamat pagi adelia.." Adelia dia tengok ja aku,senyum sokmo la..^_^
2.Akan mandi pada pukup 11.15 macam tue..kalau bangun pukul 10.30,aku akan mandikan dia 10.45..nak mandi kena sembang-sembang buat macam aktiviti mandi tue aktiviti yang paling heaven.aku akan buang seluar,baju..bagi dia relax-relax sat..
3.1st step sebelum mandi,aku akan cuci bontot dengan pepek dia dulu dekat sinki,kira tue memang rutin tiap kali before mandi..
4.Mandi dalam 5minit macam tue ja..kadang lebih..selalu waktu petang,aku mandi sat ja..
5.Kalau hangout balik lewat,petang xsempat mandi,aku akan lap badan dengan kepala dia dengan air suam.tukar baju semua.
6.Sebelum tidur,akan tukar pampers dia.pakaikan stoking.
7.Waktu tidur adelia pun dah ok sekarang,kira pukul12 dia memang akan lali dah.aku akan bawa masuk bilik tidur,setup lampu tidur,susu dia..memang dia akan terlena.dan setiap 2jam,adelia akan jaga untuk menyusu.
8.Sekarangkan musim panas,waktu siang memang aku xbagi adelia pakai baju.sebab nanti dia rimas dan merengek.

9.Waktu siang,adelia kerap juga menyusu,nak tau dia nak susu tue senang ja..kalau aku or husband acah n dia dah macam xmau respon+merengek memang dia nak susu la tue.
10.Adelia hisap susu betul-betul selalunya dalam 5 6minit ja..bila dia xmau,dia akan tolak dengan lidah dia.kadang tue aku macam konfius,pasepa dia isap sat..takut xkenyang,aku akan sua juga..hahaha..bila aku sua,dia dok tolak sampai bunyi "uweeekkk"..ha tue memang aku tau dia xmao dah.
11.Setiap hari,aku akan tunjuk dekat dia warna,aku banyak lebihkan tunjuk warna hitam putih dulu sebab umur macam adelia nie,dia lebih tertarik pada warna putih dan hitam.tapi aku xla tunjuk berjam-jam.ikut pada mood dia.aku akan tunjuk lepas aku main dengan dia.
12.Adelia sekarang dah teruja dengan bunyi dan pergerakan.masa xada lamaze musical inchworm tue,aku guna suara sendiri buat bunyi.setiap hari aku tukar2 bunyi.kalau harini bunyi kucing,aku akan buat bunyi kucing tu tiap kali main dengan adelia.esok tukar bunyi lain pulak.
13.Pergerakan tangan dan badan,aku perasan akan buat adelia jadi teruja ..kalau siap ada bunyi lagi la dia teruja..hahahaha..syok tengok anak respon,xla risau kan..bila aku gerakan tangan ke kiri,aku akan tunggu mata dia follow tangan aku tu,masa mula-mula memang respon dia lambat..macam sekarang nie,dah cepat dah..
14.Pampers aku akan tukar pukul12(b4 tidor), dan pukul 6pagi.kalau dulu,masa adelia kuat berak lagi la kerap..

15.Adelia sekarang,berak sehari sekali,ada sekali dia xberak,so aku google normal or tak..bila baca,ooooo baru aku tau,selagi baby susu badan if dia xberak dalam seminggu still ok dan normal sebab susu ibu badan baby akan serap habis,if susu FM memang kena ruju dr sebab takut susu xsesuai or ada prob lain.dan lagi satu yang aku baru tau(nurse cakap),kalau nak tau baby tue cirit,dia akan berak 5kali sehari,if dia berak 5kali sehari memang cirit,tapi kalau baby umur sebulan lebih tue,normal kalau berak kerap ya.ini untk baby 2bulan++..

16.tiap kali adelia berak,aku akan check pampers,takut kot-kot ada yang pelik.buat masa nie,alhamdulillah xada apa.
17.Kalau keluar hangout,buat masa sekarang,jarang dia buat perangai,tapi kadang tu merengek juga.tapi kalau keluar lepak dekat mall,jarang dia merengek..tidoq sedap sebab aircondkan.
18.Sekarang dekat stroller adelia,meriah dengan gantung-gantung sebab nak bagi dia qalit.untuk masa sekarang,sangat baik kalau bawa dia keluar jalan-jalan.bagi dia tengok manusia..bawa p pasar malam,bawa p mall..
19.Setiap hari,aku cium adelia ada la lebih kurang 200kali..hahahaha..tapi adelia suka.
20.Adelia kadang aku biar dia main sorang-sorang dia sambil-sambil dia dok berimaginasi dengan tangan dan jari dia..

21.Adelia dah pandai main air liur. -.-

22.Suka bersembang dengan ayah dia,gelak mengekek.kalau ayah zikir nak tidoqkan dia..bukan main dia ikut.hehehehe..

(28.5.2012).
Tata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

('',)pzAEdy~ said…
:) happy nye baca entry nih.
Mimy Hamid said…
seronoknya piya..masa berhaga emas dapt spend time tengok adelia membesar depan mata...huhuh jelesssssss sbb akak bekerja....nak buat camana cari rezeki anak jugakk
Hidayah Rusli said…
comeynyeeeeee geram tengok :)
Unknown said…
alahai nampak gud gurl je adelia:) comel sangat! idung merah tu mesti mak dia baru lepas gomol2 ni,hehe...
mizakimi said…
Tahniah, sebab anda sedang menceritakan keadaan sebenar kebanyakan wanita selepas bersalin. Hakikatnya susah nak pantang betul2 ni sbb kita ada banyak tanggungjawap yg lain.

Popular posts from this blog

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Sampai bila baby perlu pakai sarung tangan dan stoking?

Adelia dah xpakai sarung tangan dan stoking start hari ke55..now dia dah umur 63hari.Kira baru sangat lagi la aku xbagi dia pakai sarung tangan dgn stoking. Tapi waktu malam aku memang bagi adelia pakai stoking.sebab sejuk.tangan memang siang malam aku biarkan ja. Sebenarnya sampai bila nak pakaikan sarung tangan dan stoking nie??.. Aku ada sms doktor yang aku kenal.aku tanya pasal sampai bila nak bagi adelia pakai sarung tangan..dgn stoking. So dia advise aku..aku tulis based pada apa yang aku paham. Seeloknya,pakaikan sarung tangan sampai umur 1bulan sahaja.sebab masa umur 1bulan++ baby dia akan start sedar yang dia ada tangan..ada jari..ada kaki..dia akan cuba explore tangan dengan jari dia..sebab tu kita tengok baby start nak cuba hisap jari. Kalau kita pakaikan sarung tangan,baby akan terbatas.pergerakan jari dia terbatas.cuba tengok bila baby kita xpakaikan sarung tangan.. Jari dia melilau meratakan..hehe..macam adelia,dia nak isap ibu jari sampai jari lain masuk hi

Review Movie Tamil : Kaithi, 10/10.

Hye, assalamualaikum. Ok baru berkesempatan nak review pasal movie ni. Lama dah tak buat review version aku. HAHAHAHAHA.. Aku punya review bodo-bodo ja ok. Review dari pandangan orang biasa saja. Yang mana bijak pandai tahap supersaia tak yah baca review aku ni ok. Faham eh. Sumpah best gila gila! IMDB 8.8 ------------------------------- Cerita dia dari mula sampai la habis, hg akan rasa berdebaq gila.. Serius tak boleh nak duduk diam. Sedih pun, sedih yang tahap meleleh ayaq mata aku. Dan rasa ketaq n gabra sama naik dengan pelakon dah aku rasa hahahahaha.. Scene awai tu hg dah rasa berdebar. Aksi dalam movie ni pun superb. Tak merapu teruk macam movie tamil lain. Kira hg tengok tu hg akan rasa fuuuyooooooooo..dengan slow motion yang depa buat masa scene lawan tu..fuhhhhh! kemaih2! Best. Movie ni juga tunjuk betapa korupnya pemikiran polis depa. Selfish. Tapi masih ada polis yang bagus dalam ramai-ramai polis yang bengap tu. Geram oi! Dan movie ni juga di