Resepi : bubur kacang lemak berkrim.

Semalam ntah macamana tiba-tiba teringin nak makan bubur kacang sejuk-sejuk tu buh pulut.



Ayoooh!sedapnya..terus sms husband dengan mak.



Sms husband sebab nak ajak p kedai beli barang..saja sms siap2..nak jalan p kedai dah xlarat.



Lepas tu ajak husband p giant sekali sebab nak beli periuk kukus tue..tapi xda pun periuk kukus macam hat kg tue..dah la periuk ada sebijik ja dekat rumah. =.="



Pastu sms mak minta resepi.rupa-rupanya mudah gila nak buat bubur kacang nie..modai pun 4inggit ja..



Semalam beli kacang hijau semua rendam siap-siap.bangun pagi ni terus masak..heee



Semangat woooh!



Resepi : bubur kacang



Bahan :

Kacang hijau*rendam semalaman*

Sagu

Gula melaka/brown sugar

Garam

Santan

Susu pekat

Daun pandan*simpulkan*





Cara masak :



Rebus kacang hijau sekali dengan air rendaman tue..makesure cuci dulu kacang hijau baru rendam,air rendaman mesti tenggelamkan kacang hijau.



Rebus sampai kacang empuk.nak tau kacang empuk,ambik sikit rasa..kalau lembut tu kira dah empuk.masukkan sekali daun pandan.



Bila kacang empuk,masuk santan,sagu,gula melaka,susu pekat,garam dan kacau.api sederhana.



Kacau biar lama sikit,kalau tengok macam pekat sangat tambah air.



Kacau lama sebab nak elakkan dari bubur cepat basi.





Simple gila!





Makan dengan pulut pulak kan..adoi!sedapnya.



Tata.

Comments